Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Live Streaming JDT vs Kedah 30.4.2016 Piala FA

$
0
0

Live streaming JDT vs Kedah pada 30 April 2016 Piala FA. Siaran langsung perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kedah bertempat di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin bermula pada jam 9.00 malam Sabtu. Siaran eksklusif secara live turut disiarkan menerusi saluran TV3 bermula pada seawal jam 8.30 malam. Bagi penyokong yang ingin menonton secara live internet streaming, berikut adalah pautan live streaming online JDT lawan Kedah Piala FA 2016.

Live Streaming JDT vs Kedah 30.4.2016 Piala FA

Server 1: TV3

Jadual Siaran Langsung JDT vs Kedah Piala FA 2016

Tarikh: 30 April 2016 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam
Lokasi: Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin
Siaran Rasmi: TV3 bermula pada jam 8.30 malam

The post Live Streaming JDT vs Kedah 30.4.2016 Piala FA appeared first on WOWBERITA.ORG.


Pasangan Remaja Melayu Bangga Beraksi ‘Pra-Jimak’ Dalam Bilik

$
0
0

Ek’eleh! Minah tu warnakan rambut macam air karat tu sebab acah-acah nak jadi minah saleh ke?? Kalau dilihatkan cara minah tu, gaya hidup dia pun macam terlampau bebas jer.. Pergaulan dia antara lelaki pun dah tak ada batas lagi..

Korang lihat jer lah gambar dia bersama si boyfriend tu dalam bilik, melentik jer body minah tu posing.. Lelaki tu pun sedap jer dapat peluk ‘my future wife’ dia tu yer!

Nak muntah hijau jer baca dia punya status.. Piuhhh! Poyo jer, muat naik gambar tu dengan caption ‘my future wife’.. ‘My future wife’ lah sangat yer! Sebelum jadi isteri pun, dah dapat macam-macam.. Kalau dah kahwin nanti, ‘kemanisan’ macam tu ada lagi ke??

Yela, sebelum kahwin pun dah macam orang yang dah kahwin.. Entah lepas kahwin, masing-masing dah bosan antara satu sama lain sebab kemanisan dah hilang..

Jangan dinafikan, ada jer yang jadi macam tu lepas kahwin.. Yela, sebelum kahwin bukan main sweet lagi.. Peluk, cium dan macam-macam lagi benda yang sumbang dilakukan..

Bila dah berkahwin, habis hilang kemanisan bersama.. Asyik bertekak jer, lepas tu mula nak bercerai bagai, Betul tak??

Entah lah, membimbangkan melihat anak muda sekarang ni bersosial, terlampau bebas sangat sampai dah tak ada batas lagi.. Lelaki dan perempuan selamba jer berpeluk dan cium bagai!

Paling merungsingkan adalah gadis-gadis lah.. Merelakan jer lelaki pegang dorang sesuka hati, dah macam perempuan tak ada maruah jer!

The post Pasangan Remaja Melayu Bangga Beraksi ‘Pra-Jimak’ Dalam Bilik appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Lelaki Mengaku ‘Alien’, Ugut Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman

$
0
0

Seorang lelaki yang ditahan polis kerana melakukan kesalahan jalan raya telah menarik perhatian orang ramai melalui penyebaran video apabila dia dikatakan menggunakan alasan tidak masuk akal untuk mengelakkan dirinya disaman.

Lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana mempunyai 27 kesalahan lalu lintas yang belum dijelaskan.

Bagaimanapun lelaki berkenaan telah mengugut pihak polis dengan memberitahu yang dia adalah makhluk asing dan mengancam akan menghancurkan bumi sekiranya dia disaman.

Kejadian berkenaan telah dirakam oleh anggota polis dan menjadi viral di laman internet China.

“Anda mempunyai peraturan anda. Begitu juga kami di Bima Sakti ini. Saya dari kerabat diraja. Sekiranya anda melepaskan saya pergi, saya akan melupakan insiden ini.

“Tapi sekiranya anda bertegas juga, saya tidak akan teragak-agak menghancurkan bumi ini. Keluarga saya merupakan yang terbesar di galaksi ini dan tiada sesiapa pun yang berani mengganggu saya,” kata pemuda itu.

Beliau bagaimanapun tiak menyatakan dari galaksi Bima Sakti mana dia datang.

Apa yang melucukan pihak polis bertanya kepada lelaki berkenan kenapa tidak menaiki ‘pesawat’ sebaliknya hanya menggunakan kereta.

“Saya tidak terbang menggunakan pesawat, saya memandu FUA….erm.. maksud saya UFO,” jelas lelaki tersebut.

The post (Video) Lelaki Mengaku ‘Alien’, Ugut Akan Musnahkan Bumi Jika Disaman appeared first on WOWBERITA.ORG.

Anak OKU Tok Meliah Meninggal Dunia Di Pagi Jumaat

$
0
0

Seorang orang kurang upaya (OKU) yang kisahnya pernah menarik perhatian ramai kerana dijaga ibunya, Meliah Mat Diah atau lebih dikenali sebagai Tok Meliah, 101, meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Abd. Rahman Saud, 64, yang tidak boleh bercakap, berjalan dan bergerak secara normal sejak lahir akibat sawan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.30 pagi di rumah sepupunya di Kampung Naka Nambua, di sini.

Menurut sepupu yang menja­ganya selepas kematian Tok Meliah, Siti Jaleha Junus, 60, Abd. Rahman menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua.

“Sejak tiga hari lalu, arwah kurang sihat kerana mengalami demam, batuk dan selsema. Walaupun dia kelihatan lemah tetapi masih berselera ketika setiap kali disuapkan makanan.

“Selain itu, tidak pula dia me­nunjukkan lain-lain tanda sebe­lum pergi. Dia ‘pergi’ dengan mudah tanpa menyusahkan sesiapa. Ketika saya mengejut dia pada pagi ini untuk memberinya minum, dia membuka mata.

“Tapi secara perlahan-lahan, dia menutup matanya semula. Bila dipanggil lagi sekali, dia sudah tidak menyahut,” katanya ketika ditemui dirumahnya di sini hari ini.

Kisah ketabahan Meliah yang berusia lebih 100 tahun menjaga anak tunggalnya yang merupakan OKU mula mendapat perhatian masyarakat apabila kisah mereka tersiar dalam Utusan Malaysia pada Februari 2014.

Sebelum meninggal dunia pada 7 Ogos lalu kerana sakit tua, Tok Meliah telah mengamanahkan anak buahnya, Siti Jaleha dan suaminya, Abd. Rahman Said, 61, untuk menjaga Abd. Rahman.

Menurut Siti Jaleha lagi, sebelum ini juga, Allahyarham Abd. Rahman tidak menunjukkan sebarang tanda mengingati arwah ibunya.

Bagaimanapun, kata Siti Jaleha, pada hari Rabu lalu, Abd. Rahman ada beberapa kali menyebut nama Allahyarham Tok Meliah.

“Sejak arwah ibunya meninggal kira-kira lapan bulan lalu, dia sama sekali tidak pernah menyebut tentang ibunya. Kita memang tidak tahu apa yang difikirkannya.

“Tapi dua hari lalu, dia ada menyebut perkataan mak dua kali. Tapi apabila kami menghampi­rinya, dia hanya mendiamkan diri. Mungkin dia ada ‘ternampak’ ibunya,” ujarnya.

Jenazah Abd. Rahman dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Masjid Naka Nambua.

The post Anak OKU Tok Meliah Meninggal Dunia Di Pagi Jumaat appeared first on WOWBERITA.ORG.

Model Antarabangsa Nekad Tinggalkan Dunia Glamor Selepas Masuk Islam

$
0
0

Seorang model antarabangsa kelahiran Oklahoma, Amerika Syarikat, Aliza Kim yang merupakan gadis kacukan Thai-Amerika telah mengisytiharkan yang dia telah memeluk Islam di laman Facebooknya sebelum ini.

Beliau yang pernah dikenali sebagai gadis Seventeen Magazine, Maxim, LIPS LUXE, Volume, Elle, Cleo, T3, Health & Beauty, Female, Hair 4 You 4 Me, Natural Beauty dan FHM, Aliza tidak keberatan meninggalkan dunia glamor demi mendekatkan diri pada Islam dan Allah

“Setelah menemui Islam, saya tinggalkan semua kehidupan masa lampau untuk taat pada Allah,” kata Aliza Kim.

Beliau yang merupakan pengacara musim kedua Into Taqwa #PenghijrahanFenomena berusia 27 tahun ini, telah meninggalkan kesemua dunia peragaan yang telah mengangkat namanya di United Kingdom.

“Saya tidak menyesal turut meninggalkan dunia lakonan,” katanya.

Aliza Kim dilahirkan dari keluarga paderi Katolik di mana beliau merupakan anak tunggal tetapi sentiasa mendapat sokongan keluarga termasuk keputusannya memilih Islam sebagai jalan hidup menuju akhirat.

“Keluarga menyokong penuh dan bersikap positif,” katanya.

Beliau merupakan pemegang Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Colorado, Amerika Syarikat nekad melafazkan syahadah pada 2011.

Sebagai muslim, Aliza meninggalkan semua perkara yang menjadi kegemaran ketika masih hidup dalam dunia glamor.

“Saya tinggalkan arak kerana mabuk pun sudah tidak berguna lagi,” katanya berlucu.

Ditanya siapakah yang menjadi pendorongnya untuk menguatkan lagi pegangannya kepada Islam, Aliza memberi nama dua ulama tersohor.

“Saya kagum pada syarahan Mufti Menk dan Sheikh Omar Suleiman kerana konsep keprihatinan Islam terhadap masyarakat,” katanya.

Aliza kini menjadi sebahagian wajah TV Al Hijrah dalam destinasi #IslamIsFirstClass #SegalanyaBermulaDiSini yang bakal bersiaran di TV Al Hijrah.

The post Model Antarabangsa Nekad Tinggalkan Dunia Glamor Selepas Masuk Islam appeared first on WOWBERITA.ORG.

Harga Terkini Petrol & Diesel Mulai Mei 2016

$
0
0

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2016 kekal pada paras semasa.

Menurut satu sumber, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM1.70 seliter, RON97 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

Justeru, harga tersebut masih di paras sama berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei ini.

The post Harga Terkini Petrol & Diesel Mulai Mei 2016 appeared first on WOWBERITA.ORG.

Penjaga Zoo Sanggup Biarkan Harimau Kebuluran Untuk Beli Kereta

$
0
0

Seorang pekerja sebuah zoo di Yogyakarja ditahan pada minggu lepas kerana didakwa menggelapkan duit makanan untuk harimau di zoo berkenaan untuk tujuan membeli dua buah motosikal dan sebuah kereta dalam masa beberapa bulan.

Menurut polis, suspek beruai 37 tahun itu telah menggelapkan 3 juta rupiah (RM890) seminggu sejak Jun tahun lalu sehingga Februari tahun ini.

“Secara keseluruhan, dia disyaki menggelapkan 90 juta Rupiah (RM26,720) duit untuk membeli daging kambing (untuk harimau)”, kata polis Yogjakarta, Inspektor Edi Subekti, lapor Coconut Jakarta.

Menurut laporan itu juga, harimau-harimau di zoo berkenaan sepatutnya diberi 17kg daging kambing dua kali seminggu namun pekerja zoo itu telah mengambil kebanyakan dari wang terbabit. Laporan itu juga menyatakan dia hanya memberikan 5kg daging sahaja dari 17kg itu.

Pekerja zoo itu juga dituduh menggunakan wang terbabit untuk membeli dua motosikal dan membuat bayaran muka sebuah kereta.

Lelaki berkenaan ditahan berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pelatih harimau yang mendapati harimau-harimau itu seolah-olah susut berat badan dan kehilangan bulu.

Jika disabitkan kesalahan, penjaga zoo berkenaan berhadapan penjara empat tahun kerana mengelapkan wang.

The post Penjaga Zoo Sanggup Biarkan Harimau Kebuluran Untuk Beli Kereta appeared first on WOWBERITA.ORG.

(9 Gambar) Ratusan Penduduk Sempadan Malaysia-Thai Berpesta Air Di Sungai Golok

$
0
0

Ratusan penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand menjadikan Sungai Golok sebagai tempat beriadah dan bermandi mandi berikutan cuaca panas melampau melanda negara ketika ini.

Tinjauan di sungai berkenaan di Kampung Pengkalan Klinik di sini mendapati selain ‘berpesta air’, mereka turut mencari ‘etak’, sejenis kerang sungai di Sungai Golok menggunakan tudung saji atau baldi.

Sungai berkenaan yang menjadi sempadan antara Malaysia-Thailand itu kini surut mendadak sehingga kelihatan beting pasir di tengah-tengahnya.

Penduduk dari luar Pasir Mas dan beberapa kampung dari selatan Thailand turut mengambil kesempatan untuk berkelah bersama keluarga di kawasan tersebut.

Seorang penduduk Nik Osman Nik Soh, 36, berkata ini merupakan kali pertama paras Sungai Golok menyusut sehingga ke paras buku lali sejak tinggal di kampung tersebut lebih 30 tahun lepas.

“Sungai di kawasan kampung ini mula menjadi tumpuan orang sejak bulan lepas kerana paras airnya yang cetek. Mereka datang untuk mandi-manda dan beriadah bersama keluarga,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Sofian Sautar, 36, berkata penyusutan paras air Sungai Golok tersebut memberi limpahan rezeki kepadanya yang menjual pelbagai kudapan dan minuman ringan kepada pengunjung yang datang beriadah.

“Saya membuka sebuah gerai kecil menjual makanan dan minuman ringan kepada pengunjung dan mampu memperoleh sebanyak RM200 dan RM300 sehari.

Seorang pengunjung, Fadhilah Hasni Hassan, 31, yang berasal dari Kampung Sat, Tanah Merah kira-kira 60 kilometer dari pekan Rantau Panjang berkata dia turut teruja ke kawasan itu apabila melihat gambar mereka yang beriadah di situ menerusi laman sosial Facebooknya.

Beliau yang berkunjung ke kawasan itu bersama keluarganya berkata ia merupakan pengalaman pertamanya dapat mandi-manda di sungai berkenaan.

The post (9 Gambar) Ratusan Penduduk Sempadan Malaysia-Thai Berpesta Air Di Sungai Golok appeared first on WOWBERITA.ORG.


Nelayan Dakwa Temui Gadis Cantik Bidadari Di Tepi Pantai

$
0
0

Sekumpulan nelayan di daerah ini gempar apabila menemukan seorang gadis cantik mirip patung Barbie di tepi pantai Banggai Laut, baru-baru ini.

Portal pojoksatu melaporkan, tambah menghairankan penduduk Desa Kalupapi mukim Bakurun, daerah Banggai Laut, gadis itu sama sekali berbeza dengan remaja perempuan di kampung berkenaan, malah ditemukan tanpa memakai pakaian.

Ketika ditemukan pada 19 April lalu, gadis cantik itu seperti sedang menangis dan tubuhnya hanya ditutupi selendang nipis berwarna putih.

Hingga kini, penduduk kampung menganggap gadis itu adalah anak bidadari.

Ini kerana, wajahnya amat mirip anak patung Barbie yang mempunyai kening yang merah, mata yang bulat dan kulit yang putih bercahaya.

Gadis itu kini ditempatkan di sebuah rumah penduduk di Desa Kalupapi.

Menurut penduduk, gadis itu ditemukan mereka hanya beberapa saat selepas mereka mendengar bunyi kuat yang jatuh dari langit.

“Didapati gadis itu sedang menangis tanpa memakai apa-apa, hanya selendang putih yang membalut badannya.

“Selepas ditemukan, gadis itu ditempatkan di sebuah rumah penduduk kampung dan dia diberikan baju serta tudung,’’ kata Rano, nelayan yang menemukan gadis cantik itu.

Meskipun ada dalam kalangan penduduk percaya gadis itu adalah bidadari yang turun dari langit, tetapi ada juga yang tidak mempercayainya.

Namun, setelah siasatan dilakukan, ternyata gadis bidadari itu hanyalah patung mirip manusia dan dipercayai digunakan bagi tujuan seks.

“Setelah diteliti dan disiasat oleh anggota Polsek di lokasi penemuan gadis itu di Desa Kalupapi, ternyata bidadari itu tidak ada, sebaliknya ia hanyalah boneka silikon yang ditemukan nelayan.

“Anak patung itu dibawa pulang ke rumah nelayan, diberi pakaian dan diambil gambar sebelum ada pihak menyebarkannya dalam internet,” kata seorang anggota Polsek.

The post Nelayan Dakwa Temui Gadis Cantik Bidadari Di Tepi Pantai appeared first on WOWBERITA.ORG.

Najib Jamin Kerajaan Tak Akan Naikkan GST

$
0
0

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaikkan kadar GST.

Menulis di blognya, Najib berkata kadar enam peratus pada masa ini akan dikekalkan.

“Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, saya ulangi jaminan bahawa langsung tidak ada perancangan untuk mengubah kadar GST pada masa ini dan ia akan dikekalkan,” tulisnya semalam.

Dalam masa yang sama, Najib menasihatkan agar rakyat tidak terpengaruh dengan desas-desus yang tersebar.

“Saya nasihatkan rakyat Sarawak janganlah terperangkap dengan fitnah dan pembohongan oleh pembangkang yang sudah hilang modal politik,” katanya.

The post Najib Jamin Kerajaan Tak Akan Naikkan GST appeared first on WOWBERITA.ORG.

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Malam Tadi

$
0
0

Satu gempa bumi lemah 2.6 magnitud dilaporkan berlaku di Ranau, Sabah iaitu kira-kira 11 kilometer di bahagian barat daerah itu, malam tadi.

Jabatan Meteorologi melaporkan gempa bumi lemah yang dikesan berlaku sekitar jam 11.39 malam itu menyebabkan gegaran dirasai di kawasan terbabit.

Setakat ini, tiada gegaran susulan dan jabatan berkenaan akan memaklumkan jika ada perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Sementara itu, jabatan itu turut mengeluarkan amaran ribut petir yang berlaku di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak, dijangka berterusan pagi ini.

Susulan itu, keadaan berkenaan boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.

Amaran sama turut dikeluarkan untuk kawasan perairan Phuket, Selat Melaka Utara dan Kuching.

The post Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Malam Tadi appeared first on WOWBERITA.ORG.

(Video) Wanita Tabur ‘Sesuatu’ Depan Pintu Kedai Jadi Viral

$
0
0

Rakaman video seorang wanita yang mecurigakan sedang menabur sesuatu di hadapan sebuah kedai yang ditutup, telah viral di media sosial.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib semalam, mula mendapat perhatian pengguna media sosial.

Berdasarkan rakaman video tersebut, seorang wanita bertudung dilihat duduk di hadapan kedai berkenaan dalam keadaan yang mencurigakan.

Wanita tersebut kemudian mengeluarkan sesuatu yang menyerupai pasir hitam dari beg tangannnya, sebelum menabur di hadapan kedai berkenaan.

Tindakan ini jelas dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di hadapan kedai tersebut.

Walaupun lokasi kejadian tidak dinyatakan, tetapi ia mengundang kemarahan netizen.

Hal ini kerana, mereka mempercayai bahawa wanita tersebut sedang menggunakan ilmu hitam terhadap pemilik kedai tersebut.

Mereka turut menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan menyeru agar pihak terbabit tidak melakukan sesuatu atas sebab dengki atau cemburu.

Seorang pengguna, Mar Daus berkata, “Sifat seorang manusia yang mempunyai hasrat dengki apabila melihat orang lain bahagia.”

“Kes dengki, cemburu, dan tidak panjang akal. Banyak orang macam ini. Itulah sebab kita susah nak maju apatah lagi nak bantu pulihkan ekonomi negara.

“Tak payah kata negara, ekonomi keluarga/setempat pun tidak maju lagi,” kata Ver Benn.
Namun, masih belum ada sebarang pengesahan atas insiden ini.

The post (Video) Wanita Tabur ‘Sesuatu’ Depan Pintu Kedai Jadi Viral appeared first on WOWBERITA.ORG.

Aiskrim Kifayah Ikut Makanan Sunnah, Campur Air Zam-Zam

$
0
0

Walau hanya berbekalkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), usahawan ini berjaya mendirikan perniagaan aiskrim sendiri, berasaskan makanan sunnah.

Makanan yang mengikut sunnah itu, yang dimasukkan di dalam aiskrim Mohd Hisham Zamri, termasuklah kurma, buah tin, air zam-zam, dan kismis yang memberi kelainan citarasa.

Bekas juruteknik ini belajar membuat aiskrim di Kemboja dan Thailand dan seterusnya mengasah bakat dengan seorang chef terkemuka di negara ini, lapor Sinar Harian.

“Pada waktu itu, saya lihat semakin ramai peniaga dari Kemboja yang datang ke negara kita memulakan perniagaan sebagai penjual aiskrim, sama ada buatan sendiri atau sebaliknya dengan pendapatan seharian yang agak lumayan.

“Disebabkan itu saya membina keyakinan dan kepercayaan diri untuk melakukan hal yang sama seperti para peniaga Kemboja tersebut dengan melakukan sedikit inovasi dan penambahbaikan,” katanya seperti dilaporkan.

Pada mulanya aiskrim buatannya dengan pelbagai perisa seperti coklat, strawberi, vanila dan yogurt diniaga kecil-kecilan.

Mohd Hisham, dipanggil juga Sifu Sham, kini menghasilkan jenama Aiskrim Minda Genius30+ di seluruh negara yang mengandungi makanan yang digalakkan Islam.

Setiap aiskrim yang dihasilkan mengandungi makanan sunnah seperti badam, kurma, buah tin, air zam-zam, kismis dan za’faran, sekali gus memberi kelainan dari segi rasanya.

Selain berusaha menghasilkan resipi aiskrim yang lebih mantap, lapor portal itu lagi, beliau mengajar peniaga berminat melalui programnya Keusahawanan Mentor Mentee.

Kini beliau sudah mengajar beberapa ratus orang yang berminat dalam perniagaan aiskrim walau hanya bermodalkan RM600 ketika memulakan perniagaan empat tahun lalu.

Syarikatnya Kifayah Global Resources di Jalan Gambang, Kuantan.

“Saya juga beri kursus dan latihan selama sehari mengenai cara pembuatan aiskrim, pengurusan perniagaan, penyenggaraan peralatan, strategi pemasaran dan motivasi serta mesin pembuatan aiskrim.

“Kursus siri lanjutan pula saya dedahkan bagaimana usahawan itu mengembangkan perniagaan aiskrim mereka,” Mohd Hisham dipetik sebagai berkata.

Selain latihan, syarikat beliau juga menyediakan mesin aiskrim, peti sejuk beku, loceng aiskrim, baju T, topi, apron dan bahan mentah.

Tambahnya, peserta kursus yang dikendalikannya akan dipantau bagi memastikan mereka berjaya.

The post Aiskrim Kifayah Ikut Makanan Sunnah, Campur Air Zam-Zam appeared first on WOWBERITA.ORG.

Spurs-Chelsea Sekadar Seri, Leicester Juara Liga Perdana Inggeris

$
0
0

Impian Leicester City untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris bakal direalisasikan apabila pencabar tunggalnya, Tottenham Spurs hanya terikat seri 2-2 dalam perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Dua gol Chelsea menerusi aksi Gary Chahill pada minit ke-58 dan Eden Hazard (83′).

Sementara itu, Spurs pula mencatatkan mata menerusi jaringan Harry Kane pada minit ke-35 dan Heung-Min Son (44′).

Keputusan itu menggagalkan Spurs bergelar juara kerana hanya meraih 70 mata dengan berbaki dua perlawanan lagi.

Leicester City pula mengungguli kedudukan teratas dengan 77 mata.

Kejuaraan Leicester City sekali gus mencatat sejarah selepas pasukan itu merangkul gelaran di Liga Perdana Inggeris buat pertama kali.

The post Spurs-Chelsea Sekadar Seri, Leicester Juara Liga Perdana Inggeris appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Tanpa Dakwah Cina, Melayu Mungkin Sembah Pokok’– Ridhuan Tee

$
0
0

Kecewa mualaf tidak diberikan kedudukan dan bantuan wajar, penulis kontroversi Ridhuan Tee Abdullah menyelar orang Melayu yang mengutamakan kaum dan diri sendiri melebihi persaudaraan Islam.

Menulis di kolum mingguannya, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu mengingatkan bahawa tanpa jasa pendakwah Cina dan India membawa Islam, “mungkin ada lagi Melayu masih menyembah pokok”.

Beliau memulakan artikelnya hari ini di akhbar Sinar Harian dengan meluahkan perasaan sedih, sehingga “menitis air mata”, apabila mengenangkan badan agama dipenuhi Melayu, “seolah-olah tiada Cina, India, Orang Asli atau Bumiputera Muslim yang layak.”

“Penuh dengan Melayu berpangkat, orang kaya itu dan ini, Tan Sri, Puan Sri, Datuk Datin dan sebagainya, seolah-olah tidak ada mualaf,” katanya.

“Jangan haraplah ada mualaf yang akan dilantik ke jawatan tinggi di institusi Islam yang lain seperti jabatan agama, majlis agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan sebagainya.

“Usah diimpikan untuk menjadi ketua setiausaha negara, ketua setiausaha, naib canselor dan sebagainya. Lebih kelakar lagi, pos pengarah jabatan agama, khas untuk pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), sedangkan membaca selawat dan doa pun tidak lepas.

“Mualaf hanya ditempatkan di bahagian mualaf. Menitis air mata menaip artikel ini,” kata Ridhuan Tee lagi.

Beliau juga mengecam sikap Melayu yang mengutamakan perpaduan, sesama kaum, apabila berasa sudah terdesak.

“Melayu tersepit hari ini dek kerana perpecahan yang tidak dapat dibendung, menjadi nyawa-nyawa ikan. Maka seruan perpaduan pun dilaungkan.

“Adakah laungan ini hanya berkumandang ketika tersepit sahaja? Selama tidak tersepit, mualaf tidak dipandang. Apakah semua mualaf ini bodoh?

“Tunjukkan dan raikan warna-warni Islam. Jika tidak, jangan bercakap banyak pasal Islam, memalukan,” coretnya dalam kolum yang selalu diluahkan dengan sangat berterus-terang, dan kadang-kadang kontroversi.

Ridhuan Tee kemudian mengungkitkan sejarah kedatangan Islam di Semenanjung Malaysia supaya orang Melayu menyedari sumbangan kaum-kaum lain terhadap akidah mereka.

Dalam kajian sejarah, satu teori menyebut Islam datang dari China ke pantai timur, misalnya penemuan batu bersurat Terengganu, dan satu lagi melalui pantai barat.

Orang China pula dikatakan telah diislamkan oleh pendakwah generasi sahabat Saad bin Abi Waqas.

“Sedarkah kita semua bahawa pengislaman orang Melayu di Alam Melayu dilakukan oleh orang Cina, selain Arab dan India? Teori kedatangan Islam membuktikan segalanya.

“Cina berjasa besar kepada pengislaman Melayu, 600 tahun dahulu. Kerana pendakwah dan pedagang Cinalah orang Melayu menjadi Islam.

“Jika tidak, mungkin ada lagi Melayu yang masih menyembah pokok. Maka benarlah kata-kata ‘tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China’.

“Adakah kita belajar daripada mereka [Cina]? Dalam soal ekonomi? Kesatuan bangsa [Cina] mereka mempertahankan bahasa jiwa bangsa dan banyak lagi,” katanya.

Ridhuan Tee, yang menukar agama sejak tiga dekad lalu, mengecam sikap Melayu yang asyik membenci Cina dan enggan belajar sesuatu yang positif daripada kaum tersebut.

“Kita tidak pernah mahu belajar daripada Cina, malah asyik marah dan mengutuk Cina. Ya, saya turut mengutuk Cina yang ultrakiasu,” katanya, mengulang istilah “ultrakiasu”, merujuk mereka yang dianggapnya pelampau kaum.

“Tetapi bagi Cina yang berjaya dan bukan musuh Islam, kita kena belajar daripada mereka. Tetapi kita memandang rendah kepada mereka, terutama Cina mualaf.”

The post ‘Tanpa Dakwah Cina, Melayu Mungkin Sembah Pokok’ – Ridhuan Tee appeared first on WOWBERITA.ORG.


Kenapa Kurus Sangat? Ini Jawapan Shaheizy Sam

$
0
0

Pelakon Shaheizy Sam menjelaskan mengenai penampilan terbaharunya yang cengkung dan semakin kurus hingga sering ditanyakan soalan sama oleh orang yang melihatnya.

Melalui akaun Instagramnya, Sam menafikan dakwaan dirinya sedang sakit sebaliknya perubahan fizikalnya itu gara-gara filem terbaharunya.

“Ramai bertanyakan Sam, ‘kenapa kurus sangat?, Sam sakit ke?’, dan ada juga yang kata, ‘janganlah kurus sangat, tak kacak’

“Jawapannya, kerana tuntutan kerja. Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat,” katanya.

Menurut suami kepada pelakon cantik, Syatilla Melvin ini, kerjayanya sebagai pelakon tidak menuntutnya untuk kelihatan kacak, ‘macho’ mahupun comel sepanjang masa.

“Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerana mengambil berat. ‘I love you all’ lah!!!,” tulisnya lagi.

Melalui gambar yang dimuat naik Sam di Instagram, ramai peminat yang bertanyakan tahap kesihatannya.

Tidak kurang juga yang meminta tips dari Sam dalam berdiet hingga mudah menurunkan berat badannya pada masa singkat.

The post Kenapa Kurus Sangat? Ini Jawapan Shaheizy Sam appeared first on WOWBERITA.ORG.

Mayat Dua Pendaki Ditemui Selepas 16 Tahun, ‘Terawet’ Dalam Ais

$
0
0

Mayat dua pendaki Amerika Syarikat ditemui dalam glasier di pergunungan Himalaya, 16 tahun selepas kedua-duanya terbunuh dalam satu insiden runtuhan salji.

Pendaki terkenal, Alex Lowe sedang mendaki puncak Shishapangma, Tibet di ketinggian 8,013 meter bersama jurukamera David Bridges, pada Oktober 1999, ketika mereka ditimpa runtuhan salji.

Mayat mereka ditemui dua pendaki minggu lalu, dalam keadaan masih terperangkap dalam ais.

Penemuan itu kemudian dimaklumkan balu Lowe, Jennifer Lowe-Anker yang kini mengendalikan yayasan amal atas nama Lowe, bersama suaminya Conrad Anker.

Lowe, 40, disifatkan sebagai salah seorang pendaki terunggul dalam generasinya dan terkenal dalam komuniti pendakian kerana pernah menyelamatkan nyawa beberapa pendaki lain.

Lowe dan Bridges, 29, merupakan rakan karib yang sering melakukan pendakian bersama-sama dan sedang menanda laluan pendakian ke Shishapangma, yang merupakan puncak ke-14 tertinggi di dunia.

Pendakian mereka turut disertai Anker, yang hanya cedera ringan dalam insiden runtuhan salji berkenaan.

Anker dan beberapa pendaki telah menyertai usaha pencarian Lowe dan Bridges selama beberapa hari sebelum akhirnya dihentikan.

Sementara itu, laporan mendedahkan mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih bersalut dalam ais berwarna biru.

Mayat mereka dijangka dibawa keluar dari kawasan pergunungan dalam masa beberapa hari lagi.

Penemuan ini juga disifatkan balu Lowe sebagai satu penutup kepada penantian yang sangat lama.

The post Mayat Dua Pendaki Ditemui Selepas 16 Tahun, ‘Terawet’ Dalam Ais appeared first on WOWBERITA.ORG.

Saman Starbucks RM19.6 Juta Kerana Letak Ais Banyak

$
0
0

Seorang wanita mengheret Starbuck ke mahkamah mendakwa syarikat itu meletakkan terlalu banyak ais dalam minumannya.

Stancy Pincus menfailkan tuntutan mahkamah kepada syarikat itu mendakwa pelanggan hanya mendapatkan separuh minuman daripada apa yang dibayar mereka.

Stancy mengetuai tindakan bagi $5juta (RM19.6 juta) terhadap syarikat itu, menurut Courthouse News Service.

Dokumen mahkamah yang difailkan oleh pihak menuntut mengatakan, seorang pelanggan Starbucks yang memesan minuman sejuk Venti hanya menerima 14 auns minuman iaitu separuh daripada apa yang diiklankan dan hanya lebih separuh harga yang dibayar.

Tambah dokumen itu lagi, pada dasarnya Starbucks mengiklankan saiz cawan minuman sejuk pada menu dan bukannya jumlah minuman yang akan diterima bagi pembelian minuman sejuk dan ia merupakan proses ke arah penipuan.

Starbucks berkata, ais adalah bahagian penting dalam minuman sejuk dan mereka akan membuat semula kepada pelanggan yang tidak berpuas hati.

“Pelanggan kami memahami dan menjangkakan ais merupakan komponen penting dalam mana-mana minuman berais,” kata syarikat itu memberitahu TMZ.

The post Saman Starbucks RM19.6 Juta Kerana Letak Ais Banyak appeared first on WOWBERITA.ORG.

Rompakan Bank Pertama Berlaku Dalam Sejarah Korea Utara

$
0
0

Sejumlah wang tunai dicuri dari cawangan Bank Pusat Korea Utara pada 4 April lalu, dalam apa yang dilaporkan sebagai rompakan bank pertama dalam sejarah negara itu.

Pada tarikh berkenaan, sekumpulan penyerang bersenjata tidak diketahui memecah masuk ke cawangan bank berkenaan di bandar raya Cheongjin, dan merompak sejumlah besar wang.

Jenayah itu menjadi rompakan yang pertama dalam sejarah rejim berkenaan, lapor Korea Times memetik Radio Free Asia sebagai berkata.

Bank berkenaan, terletak di Wilayah Hamgyong Utara, kini ditutup, dengan polis berkata jenayah itu dibantu orang dalam.

“Rompakan itu mustahil dilakukan tanpa bantuan orang dalam,” kata jurucakap polis dipetik Korea Times.

Rompakan berkenaan memaksa cawangan lain Bank Pusat di negara itu meningkatkan kawalan dengan membawa masuk lebih ramai kakitangan.

Ia juga mendorong perhatian kepada fakta bank seluruh Korea Utara menyimpan wang lebih banyak berbanding biasa menjelang kongres Parti Pekerja yang dijangka bermula 6 Mei ini.

The post Rompakan Bank Pertama Berlaku Dalam Sejarah Korea Utara appeared first on WOWBERITA.ORG.

‘Baju Ini Hadiah Hari Guru Paling Bermakna Buat Saya’

$
0
0

Tugas saya sebagai guru adalah untuk mendidik. Tanpa mengira siapa pun anak murid saya. Maka tanggungjawab itu yang terus saya pikul dan cuba laksanakan hingga sekarang.

Dalam pada itu, teringat kenangan saya dengan seorang pelajar. Seorang pelajar lelaki. Kebiasaannya saya selalu mengelakkan diri daripada terlalu rapat dengan pelajar perempuan. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan pandangan serong orang lain. Tapi masih ada juga pelajar perempuan yang saya baik dan masih berhubung hingga sekarang, cuma tidak seramai dengan pelajar lelaki.

Pelajar yang saya ceritakan tadi berasal daripada keluarga yang agak miskin. Bapa sebagai pengawal keselamatan dan ibu sebagai pembantu prasekolah. Susah seperti kebanyakan pelajar lain di sekolah saya. Malah ada yang jauh lebih susah lagi.

Saya merupakan guru subjek Sains bagi pelajar tersebut dan kelasnya sejak dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Lebih kurang bermaksud, ilmu Sains mereka hanya semata-mata daripada sumber Cikgu Hailmi sahaja. Tentu ada banyak kenangan manis, suka dan duka sepanjang mengajar mereka sekelas selama 3 tahun. Boleh nampak sendiri pelajar-pelajar ini membesar bagai Juara depan mata.

Namun yang buat saya bangga adalah kerana merekalah juga kumpulan pertama pelajar yang berjaya melonjakkan bilangan A untuk subjek Sains daripada kurang 10 orang pada setiap tahun, kepada lebih 30 orang semasa PMR tahun tersebut! Pencapaian yang sangat membanggakan.

Jika di tempat lain, pelajar menghargai guru dengan hadiah yang mahal-mahal dan hebat-hebat semasa Hari Guru. Maklumlah, anak-anak tauke besar dan orang hebat-hebat. Lagipula pelajar bandar yang dekat dengan segala kemudahan termasuk kedai hadiah.

Tetapi tidak seperti di sekolah saya. Majoriti ibubapa adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah seperti petani, buruh, pemandu lori dan kerja sendiri. Mahu beli barang mahal, kena berbulan simpan duit.

Namun mereka masih pandai menghargai jasa guru dengan cara mereka yang tersendiri. Dan dengan seadanya mereka.

Jadi apa hadiah yang saya dapat semasa Hari Guru?

Kad buatan sendiri yang lebih bermakna, cawan kecil dan hadiah-hadiah lain bagi yang berkemampuan. Jangan terkejut. Ada juga ibubapa yang mengirimkan beras, buah-buahan dan sayur-sayuran, tanda terima kasih mereka kepada guru. Seperti yang saya cakapkan tadi, dengan seadanya mereka.

Semua hadiah tersebut masih saya simpan hingga ke hari ini, terutamanya kad buatan sendiri, sebab itu menunjukkan kesungguhan usaha pelajar dalam menghargai jasa cikgunya. Daripada banyak-banyak hadiah yang saya terima, ada satu yang menjadi ingatan saya sehingga kini.

Hadiah yang saya terima daripada pelajar lelaki tadi. Pelajar lelaki ni memang baik dan rapat dengan saya. Malah ibu bapa dan ahli keluarga pelajar tersebut juga pun baik dan selalu bertanya khabar dengan saya. Kerap saya mendapat pesanan ringkas SMS dari ibunya yang bertanyakan perkembangan akademik pelajar tersebut. Maklumlah anak harapan keluarga.

Hadiah yang saya maksudkan tadi adalah sepasang baju tradisional Iban atau lebih dikenali sebagai Baju Burung. Baju Burung ini adalah seperti jaket yang dipakai oleh orang lelaki Iban semasa perayaan atau pada majlis tertentu. Kiranya barang ‘rare’ juga.

Inilah hadiahnya! Baju Tradisional Iban, Baju Burung.

Kebiasaannya dalam satu keluarga, Baju Burung ini akan diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang lain sebagai harta keluarga. Jika mahu dibeli yang baru, mencecah RM200-RM300 juga bagi sehelai baju tersebut, bergantung kepada material dan jenis corak anyaman yang dihasilkan.

Saya cakap hadiah ini bermakna bukan sebab baju tu mahal dan ‘rare’. Tetapi nilai di sebalik baju tersebut. Ini kerana Baju Burung itu dianyam sendiri oleh nenek pelajar tersebut dengan menggunakan seni anyaman Pua Kumbu masyarakat Iban! Hebat kan?

Dah tentu saya rasa cukup terharu memandangkan hadiah itu juga menunjukkan tahap penerimaan keluarga tersebut terhadap saya sebagai sebahagian daripada mereka. Sehingga sekarang pun saya masih menyimpan dengan baik Baju burung tersebut sebagai hadiah kenangan saya mengajar di Sarawak.

Selepas tamat Tingkatan 3 di sekolah saya, pelajar tersebut berpindah ke MRSM berdekatan bersama-sama 8 orang lagi rakan sekelas mereka yang mendapat keputusan cemerlang semasa peperiksaan PMR. Saya terus berhubung dengan mereka, malah menghadirkan diri sebagai tetamu semasa Majlis Konvokesyen MRSM mereka. Mengalir air mata mereka sebab saya buat surprise untuk mereka. Saya bangga dengan mereka semua sebab tak pernah lupakan jasa cikgu Sains mereka ini walaupun saya dah tak mengajar mereka lagi!

Dua daripada mereka sekarang sedang membuat persediaan sambung belajar ke luar negara, manakala yang lain sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan dan Sarawak.

Manakala pelajar yang menghadiahkan saya Baju Burung tersebut pula kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah IPG. Bakal bergelar seorang guru suatu ketika nanti di masa depan. Saya doakan yang terbaik untuk dia. Semoga menjadi guru yang baik dan berkhidmatlah dengan sepenuh hati demi agama, bangsa dan negara tercinta! – Cikgu Hailmi.

The post ‘Baju Ini Hadiah Hari Guru Paling Bermakna Buat Saya’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live