Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all 4997 articles
Browse latest View live

Mia Ahmad Nafi Bercinta Dengan Penjaga Gol JDT

$
0
0

Pelakon, Mia Ahmad menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa beliau kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi. Namun begitu beliau akui berkawan rapat dengan pemain bola sepak itu.

“Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Ini kerana adalah terlalu awal untuk memberitahu bahawa saya sedang berada dalam sesuatu hubungan. Perkara ini sebenarnya bagi saya agak privasi, tetapi apa yang boleh saya beritahu disini adalah kami hanya berkawan”

“Kalau mahu kata dalam fasa berkenalan, jujurnya kami sudah kenal, cuma untuk lebih mengenali hati budi masing- masing tidak ada masa sebab sibuk,” katanya kepada Utusan Online berhubung dakwaan mengatakan beliau kini sedang hangat bercinta dengan pemain bola sepak itu.

Tambahnya lagi, mungkin status Izham sebagai seorang pemain bola sepak membuatkan orang ramai cepat tertarik dengan kisah ini walaupun sebenarnya tiada apa yang berlaku. Katanya, jika benar beliau didalam sesuatu hubungan istimewa, beliau akan kongsikan dengan peminat.

The post Mia Ahmad Nafi Bercinta Dengan Penjaga Gol JDT appeared first on WOWBERITA.ORG.


Suami Korban Nyawa Selamatkan Isteri Dari Kereta Terbakar

$
0
0

Seorang suami mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan isteri daripada kebakaran sebuah van yang dipandunya, kebakaran berlaku dipercayai dek kerana terjadinya satu kecelakaan jalan raya.

Memetik laporan daripada Shanghaiist.com, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, di kota Yixing, Daerah Jiangsu, itu disaksikan oleh orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.00 pagi waktu tempatan itu, membabitkan pertembungan sebuah bas dengan van.

Menurut para saksi, pemandu van itu dilihat mendorong sang isteri keluar daripada van yang sedang terbakar, namun dia sendiri ditelan api kerana tidak sempat berbuat demikian selepas membantu isterinya keluar daripada van itu.

Netizen melontarkan pujian kepada sang suami kerana keberaniannya itu, bahkan ketika berhadapan dengan maut. “Inilah cinta sejati, iaitu mengorbankan diri sendiri untuk seseorang yang dicintai,” kata seorang netizen.

“Aku menangis ketika sedang menuliskan ini, aku harap dia beristirehat dengan damai dan sang isteri boleh mendapatkan ketenangan diatas sifat keberanian suaminya,” kata seorang netizen lain.

Kemalangan kereta yang mengakibatkan kebakaran di jalan-jalan raya di China sudah selalu terjadi.

Awal tahun lalu, seorang warga China berusia 24 tahun menjadi pahlawan setelah menyelamatkan lima orang anggota sebuah keluarga sesaat sebelum kenderaan keluarga itu meletup dan terbakar.

The post Suami Korban Nyawa Selamatkan Isteri Dari Kereta Terbakar appeared first on WOWBERITA.ORG.

30,000 Pekerja Bakal Diberhentikan Jika Gaji Minimum Dilaksanakan

$
0
0

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.

“Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa berikutan cabaran ekonomi semasa.

“Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan ‘retrenchment’ sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya,” kata beliau kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini berikutan keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Shamsuddin berkata, pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.

“Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan “voluntary retrenchment,” katanya.

Beliau berkata, situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.

Katanya, sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan.

The post 30,000 Pekerja Bakal Diberhentikan Jika Gaji Minimum Dilaksanakan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Padah Ikut Rakan, Minat Rempit Dirogol Bergilir-Gilir

$
0
0

Padah keluar rumah secara ‘bersembunyi’ tanpa pengetahuan keluarga, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga berdepan mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki tidak dikenali di sebuah bilik asrama di institut kemahiran di sini, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan telah keluar dari rumahnya secara senyap kira-kira jam 3 pagi dengan dijemput seorang lelaki yang juga rakan kepada rakan perempuannya.

“Kemudian, mangsa dibawa lelaki berkenaan berjumpa dengan rakan perempuannya itu di Pantai Batu Buruk, di sini, dan selepas puas berehat di taman rekreasi terbabit, mangsa dikatakan mengikut rakan perempuannya bersama dua lagi lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta menuju ke sebuah bilik asrama di institut kemahiran berkenaan.

“Mangsa yang mempercayai rakan perempuannya itu langsung tidak mencurigai tindak tanduk mereka membawanya ke lokasi kejadian sebelum terkejut apabila dipaksa dan dirogol beberapa lelaki tidak dikenali yang ada di dalam bilik asrama itu secara bergilir-gilir,” katanya.

Jelas sumber, sebaik puas melepaskan nafsu, mangsa dihantar dua lelaki pulang ke rumahnya, namun semasa dalam perjalanan itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah mengambil kesempatan sekali lagi dengan merogol mangsa di hadapan sebuah sekolah menengah di daerah ini, kira-kira jam 7 pagi, hari sama.

“Mangsa yang kecewa diperlakukan sedemikian telah bertindak menceritakan kejadian hitam itu kepada ibunya sebelum mereka sekeluarga mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Susulan laporan diterima, polis menahan lima lelaki berusia antara 18 tahun hingga 22 tahun di sebuah asrama lelaki di bandar raya di sini, kira-kira jam 1.10 pagi tadi (semalam) untuk siasatan,” katanya.

Sementara itu, Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat membenarkan kelima-lima suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam masa sama, Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Sufian Sulaiman mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan tangkapan suspek.

The post Padah Ikut Rakan, Minat Rempit Dirogol Bergilir-Gilir appeared first on WOWBERITA.ORG.

Rasuah: Dua Pemimpin Umno Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun

$
0
0

Dua pemimpin Umno Pulau Pinang berhadapan hukuman penjara selama 20 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan rasuah.

Mereka adalah Bendahari Umno Bahagian Permatang Pauh, Nor Azamuddin Ahmad dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh, Farid Idris Khan.

Masing-masing dihadapkan ke mahkamah untuk sebutan semula kes selepas diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin pada 9 Mac lalu.

Nor Azamuddin yang hadir mengenakan baju kemeja bercorak petak dan Farid memakai baju kemeja berwarna kelabu kelihatan tenang ketika berada dalam kamar mahkamah.

Bagaimanapun, pengamal media yang membuat liputan kes dimarahi dan diberi amaran oleh mereka agar tidak merakam gambar ketika di luar mahkamah.

Mereka kemudian cuba menyembunyikan diri di satu sudut selama beberapa minit untuk mengelak gambar dirakam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Persiaran KTC 4/3, Kulim Techno City Golf View, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, pada 2014.

Nor Azamudin Ahmad didakwa melakukan kesalahan pertama pada 4 Mei 2014 dengan menerima suapan wang tunai RM45,000 daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk sebagai dorongan mendapatkan kuota beras Standard Tempatan dengan 15 peratus hancur (ST15) sebanyak 100 tan metrik untuk perniagaan sebuah syarikat bagi bulan Mei dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Nor Azamuddin didakwa menerima rasuah masing-masing berjumlah RM45,000 daripada individu sama sebagai dorongan mendapatkan bekalan beras ST15 sebanyak 100 tan metrik pada 6 Jun dan 2 Julai 2014.

Nor Azamuddin dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

Sementara itu, Farid dituduh bersubahat dengan Nor Azamuddin yang menerima suapan RM45,000 daripada individu sama pada 4 Mei 2014 sebagai upah untuk mendapatkan kuota beras ST15 sebanyak 100 tan metrik.

Farid didakwa mengulangi kesalahan itu pada 6 Jun dan 2 Julai di lokasi sama.

Kes disebut mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28 Akta yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, masing-masing boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, A Hafizh Abu Bakar manakala kedua-duanya diwakili peguam, Ang Chun Pun.

Hakim, Zanol Rashid Hussain menetapkan 2 Jun untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

The post Rasuah: Dua Pemimpin Umno Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun appeared first on WOWBERITA.ORG.

Sultan Selangor Cemar Duli Ziarah Menteri Besar Kelantan

$
0
0

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli menziarahi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasminya di JKR 10, di sini.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan disambut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Baginda tiba pada jam 2.30 petang dan meluangkan masa lebih 30 minit sebelum meninggalkan kediaman Ahmad.

Awal April lalu, Ahmad dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah mengadu kepenatan selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan terdapat pendarahan kecil di kepalanya dan beliau dinasihati melakukan pembedahan.

Susulan pembedahan, beliau kini dinasihatkan untuk berehat secukupnya dan menunggu pemeriksaan susulan.

Tugas rasminya kini dipangku Timbalan Menteri besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

The post Sultan Selangor Cemar Duli Ziarah Menteri Besar Kelantan appeared first on WOWBERITA.ORG.

Hanez Suraya Dikecam Kerana Gambar ‘Puting’

$
0
0

Dulu waktu Rozita Che Wan selepas beberapa hari melahirkan anaknya Aaisyah Dhia Rana dan memuatnaik gambar bagi susu botol pada Aaisyah dah dikecam teruk oleh netizen.. Netizen sifatkan Che Ta tak reti nak jaga anak dengan elok..

Kecil-kecil lagi dah bagi Aaisyah minum susu formula, tapi Che Ta nafikan dia bagi anaknya tu minum susu formula.. Che Ta maklumkan yang dia bagi susu ibu yang telah diperah dan dimasukkan dalam botol..

Kali ini, menjadi mangsa yang hampir serupa adalah Hanez Suraya.. Iyerlah, Hanez kan dah melahirkan bayi perempuan Putri Aleesya hasil perkongsian hidup dengan suaminya iaitu Romie Razin..

So, Aleesya memang sentiasa menjadi perhatian netizen.. Aleesya pun dah ada akaun Instagram miliknya sendiri.. Jumlah pengikut akaun Instagram Aleesya dah mencecah 28 juta orang tau..

Memang anak Hanez mencuri perhatian netizen sebab kecomelannya.. Dah comel macam anak Che Ta juga la Aaisyah.. Setiap kali memuatnaik video atau gambar memang akan mendapat komen dari netizen..

Tapi, ada satu gambar yang dimuatnaik oleh Hanez dah buatkan pelakon itu dikecam.. Dah masuk usia empat bulan Aleesya dah diberi isap puting.. Netizen kritik Hanez sebab kecik-kecik dah diajar isap puting..

Ada yang mendakwa beri anak isap puting adalah perkara yang tak elok.. Tak elok macam mana tu tak tahu la pulak.. Selalu dok dengar orang cakap kalau bagi anak isap puting nanti gigi jongang jelah..

The post Hanez Suraya Dikecam Kerana Gambar ‘Puting’ appeared first on WOWBERITA.ORG.

Padah Selfie Dalam Bilik Persalinan, Foto Separuh Bogel Gadis Tersebar

$
0
0

Alahaiii! Apahal dua minah sengal tu?? Masuk ke dalam bilik persalinan untuk cuba baju atau seluar, lepas tu selfie memang dah menjadi kebiasaan orang sekarang ni.. Betul tak?? Maklum lah orang sekarang ni buat apa-apa pun mesti selfie dulu.. Terlampau nak selfie tu, sampaikan nak buang air besar pun nak selfie.. Jilake betul!

Tapi nak buat macam mana, ‘budaya’ selfie ni dah berjangkit satu dunia.. Kemalangan ngeri disebabkan selfie pun dah banyak berlaku.. Ada yang jatuh gaung, terkena renjatan elektrik, tertembak diri sendiri gara-gara acah bergambar dengan pistol, dilanggar kereta api dan banyak lagi lah kalau nak disenaraikan..

Walaupun banyak kes selfie berlaku, tapi tak memberi kesan atau pengajaran pun kepada kaki selfie.. Macam orang selalu kata, selagi tak kena kat batang hidung sendiri, selagi tu tak akan sedar! Betul tak?? Begitu juga lah dua minah kat atas tu! Si kawan nak cuba pakai seluar tu pun nak selfie, tunggu jer lah si kawan tu dah siap pakai..

Ini tidak, si kawan dalam keadaan seksi macam tu lah tergedik-gedik nak mengambil gambar.. Sekarang lihat, apa dah jadi?? Tak pasal-pasal gambar tu dah tersebar meluas di media sosial.. Memalukan jer! Nak terasa lebih malu tu, si bertudung merah lah, gambar dia baik punya pakai seluar dalam jer.. Mesti dia bengang gila dengan kawan sebelah tu..

Yela, gara-gara si kawan tu mengambil gambar dia dalam keadaan seksi macam tu.. Sekarang ni, satu dunia pun dah boleh tengok gambar tu! Itu lah, lain kali kalau nak cuba pakaian, jangan dibawa orang lain dalam bilik persalinan. Kalau tak, itu lah jadinya!

Tapi kadang-kadang tu kalau tak bawa masuk siapa-siapa pun ke dalam bilik persalinan, menjadi juga seorang diri buat perangai gila-gila macam tu.. Betul tak?? Lain kali nak bergambar berpada-pada, jangan sampai memalukan diri sendiri yer!

The post Padah Selfie Dalam Bilik Persalinan, Foto Separuh Bogel Gadis Tersebar appeared first on WOWBERITA.ORG.


Harga Tiket JDT vs PKNS FC Final Piala FA 2016

$
0
0

Harga beli tiket JDT vs PKNS FC Final Piala FA 2016. Perlawanan akhir Piala FA 2016 antara Johor Darul Takzim menentang PKNS FC akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu, 14 Mei 2016 bermula pada jam 9.00 malam. Tiket JDT vs PKNS FC dijual secara online (TicketHotline) dan di kaunter stadium bermula pada Isnin 9 Mei 2016. Sebanyak 60,000 tiket diperuntukkan buat kedua-dua pasukan dengan JDT diberikan 50,000 tiket dan PKNS FC menerima 10,000 tiket. Manakala sebanyak 10,000 tiket dijual secara online. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari semasa ke samasa.

Harga Tiket Final Piala FA 2016 JDT vs PKNS

  • Dewasa & Kanak-Kanak: RM50
  • Tarikh Mula Pembelian Tiket Online: Isnin 9 Mei 2016 bermula jam 9 pagi.
  • Tiket Online: http://www.tickethotline.com.my/
  • Kuota Tiket: 60,000 menerusi kaunter dan 10,000 dijual online menerusi Tickethotline
  • Lokasi Penebusan Tiket: Stadium Shah Alam

Pembelian Tiket Final Piala FA 2016 Di Stadium Shah Alam

  • Lokasi: Stadium Shah Alam
  • Tarikh Pembelian: Isnin 9 Mei 2016
  • Kuota Tiket: 10,000 tiket (Kaunter Stadium)
  • Harga: RM50 (Dewasa & Kanak-Kanak)

Pembelian Tiket Final Piala FA 2016 Di Stadium Larkin Johor

  • Lokasi: Stadium Larkin Johor
  • Tarikh Pembelian: Isnin 9 Mei 2016
  • Kuota Tiket: 50,000 tiket (Kaunter Stadium)
  • Harga: RM50 (Dewasa & Kanak-Kanak)

The post Harga Tiket JDT vs PKNS FC Final Piala FA 2016 appeared first on WOWBERITA.ORG.

Henti Perkhidmatan Polis Pengiring Mahathir Tindakan Tepat – Nazri

$
0
0

Tindakan menghentikan pengiring bermotosikal polis ke atas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tindakan tepat.

Ia sepatutnya telah lama dilakukan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Katanya, selama ini Dr Mahathir sendiri yang memilih untuk membahayakan dirinya dengan pergi ke pelbagai tempat bercakap dan berucap perkara yang mengguris hati pihak tertentu.

“Saya rasa tidak kena untuk kita berikan dia escort untuk dia ke tempat-tempat untuk menentang kerajaan yang memberikan dia kemudahan ini.

“Jadi saya kira keputusan ini sudah lama patut dilakukan tetapi kita harapkan dia akan sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya bukan atas kepentingan negara.

“Tapi kalau dia terus juga saya rasa sudah sampai masa…kita tidak mahu bertanggungjawab terhadap beliau kalau beliau yang meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya.

“Dari segi logik, kenapa hendak bagi keistimewaan pada orang yang sebenarnya menentang kita balik?

“Kalau beliau pilih untuk hendak bertumbuk, kita boleh bertumbuk, saya bersedia untuk bertumbuk dengan beliau bila-bila masa,” katanya ketika ditemui media pada Program Merakyatkan Seni Budaya: Nilai Murni Gotong-Royong di Sekolah Kebangsaan Buntal, Pantai Damai, di sini.

Sebuah portal berita tempatan melaporkan baru-baru ini bahawa polis tidak lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring ke atas Dr Mahathir berkuatkuasa 28 April lalu.

Menyentuh isu lain, Nazri menafikan dakwaan pihak pembangkang kononnya menteri persekutuan datang ke Sarawak menjanjikan pelbagai peruntukan hanya sebagai sogokan kepada rakyat untuk meraih undi bagi BN.

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan berlangsung pada 7 Mei.

“Tidak ada peraturan dalam Akta SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kita yang menghalang kerajaan untuk terus melakukan apa-apa tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan,” katanya.
Lagipun, katanya beliau bersama beberapa anggota jemaah menteri persekutuan yang lain tidak mempunyai kaitan atau bertanding dalam PRN-11 ini dan mereka hanya menjalankan tugas sebagai menteri persekutuan.

Nazri turut membidas kenyataan Naib Ketua UMNO Kota Raja, Hamidi Abu Bakar yang mendakwa tindakan beliau (Nazri) yang akan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO sebagai membawa kepada ‘malapetaka’ terhadap parti.

“Dr Mahathir pernah nasihatkan kita, sebagai seorang doktor perubatan beliau berkata jika mana-mana bahagian badan ada kanser, anda perlu memotongnya,” kata Nazri.

The post Henti Perkhidmatan Polis Pengiring Mahathir Tindakan Tepat – Nazri appeared first on WOWBERITA.ORG.

(6 Gambar) Gajah Ditemui Mati Tanpa Gading Di Tasik Pedu

$
0
0

Seekor gajah ditemui mati tanpa gading di Charok Jit, Tasik Pedu pada Ahad lalu.

Ia yang tidak diketahui jantinanya dipercayai mati lebih dua minggu sebelum ditemui sekumpulan pemancing, yang disyaki angkara pemburu haram.

Setiausaha Koperasi Persatuan Nelayan, Penternak dan Pelancongan Tasik Pedu, Amir Wahab berkata terdapat kesan mencurigakan pada haiwan tersebut.

“Gading gajah tersebut didapati dipotong oleh pemburu haram dengan menggunakan peralatan profesional,” katanya dan menambah pemburu mungkin menggunakan jeti haram di Tasik Pedu untuk memburu gajah yang keluar dari kawasan hutan bagi mendapatkan air.

“Musim El-Nino menyebabkan haiwan liar seperti gajah akan keluar dari hutan untuk mendapatkan air dan ini memberi peluang kepada pemburu haram untuk melakukan kegiatan mereka tanpa diketahui umum,” katanya.

Sementara itu Jabatan Perhilitan Kedah berkata mereka masih menyisat kes tersebut.

The post (6 Gambar) Gajah Ditemui Mati Tanpa Gading Di Tasik Pedu appeared first on WOWBERITA.ORG.

Geng Artis ‘Bersatu’ Mempertahankan Hafidz Roshdi Di Instagram

$
0
0

Rakan-rakan artis hari ini ‘berkumpul’ di Instagram Hafidz Roshdi, yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan, dengan komen menyelar tindakan pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen tidak ‘enak’ kepada pasangan pengantin itu.

Pada gambar terkini yang dimuat naik oleh Hafidz, dilihat beberapa selebriti seperti Michael Ang, Emma Maembong, Kamal Adli, Saharul Ridzwan mengkritik pelayar Instagram yang dilihat mengeluarkan komen yang tidak sopan di ruangan komen.

Tindakan artis-artis itu mendapat pujian dari orang ramai yang juga turut mengkritik tindakan pelayar terbabit yang disifatkan melampau.

Apa pun, kami ucapkan selamat pengantin baru buat Hafidz dan pasangan dan jangan endahkan komen-komen negatif yang dilemparkan.

The post Geng Artis ‘Bersatu’ Mempertahankan Hafidz Roshdi Di Instagram appeared first on WOWBERITA.ORG.

Polis Johor Siasat Pemandu Samseng Dalam Video Viral

$
0
0

“Kalau nak repot polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya, apa u orang boleh buat sebab tiada kesan langgar pada kenderaan dan tiada bukti langgar, u ingat I tak tau law,” kata pemandu kereta yang menjadi viral di media sosial Facebook (FB) selepas dikatakan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Susulan video viral, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan selepas turut menerima laporan saksi yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Johor, Superintendan Baharudin Mat Taib, turut menafikan polis mempunyai sebarang kaitan dengan suspek, malah akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan lalu lintas.

“Polis ingin menegaskan di sini bahawa walaupun (lelaki itu) tidak terbabit dalam kemalangan, cara pemanduan yang melulu dan berbahaya boleh disabitkan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis tidak mempunyai sebarang kaitan (dengan lelaki terbabit) dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baharudin berkata, semakan menerusi Sistem Cops mendapati pemandu berkenaan mempunyai 13 rekod saman yang belum dijelaskan termasuk 12 saman berkaitan kesalahan memandu laju dan satu kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Beliau turut meminta lelaki terbabit supaya tampil memberi keterangan bagi memudahkan polis menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.

Selain itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan kes itu boleh menghubungi IPK Johor di 07-2212999 atau FB Polis Johor.

The post Polis Johor Siasat Pemandu Samseng Dalam Video Viral appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nenek Biar Cucu Kencing Atas Lantai Pesawat Dikecam

$
0
0

Tindakan seorang nenek yang membiarkan cucunya kencing di atas lantai pesawat dikecam netizen selepas perilaku wanita itu tersebar di laman sosial.

Beberapa foto yang dimuat naik di laman sosial oleh penumpang yang berada bersebelahan wanita itu ketika dalam penerbangan dari Zhengzhou ke Beijing.

Menurut penumpang itu, kanak-kanak itu memberitahu neneknya yang dia ingin membuang air kecil, namun wanita itu tidak membawa cucunya ke tandas sebaliknya menaggalkan seluar kanak-kanak itu dan membiarkannya kencing di atas lantai pesawat.

Netizen mengecam tindakan wanita itu yang menyifatkan tindakan itu memberi contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak itu.

“Terima kasih dengan contoh seumpama ini dan apabila kanak-kanak itu membesar, pasti dia akan mencontohinya,” tulis pelayar dipetik NetEase.

Insiden seumpama ini bukanlah pertama kali dilaporkan malah tahun lalu, sepasang suami isteri membiarkan anak mereka membuang air besar di dalam kabin dengan alasan tandas pesawat itu terlalu kecil.

The post Nenek Biar Cucu Kencing Atas Lantai Pesawat Dikecam appeared first on WOWBERITA.ORG.

Fesyen Tayang ‘Tundun’ Jadi Kegilaan Wanita Masa Kini

$
0
0

Lelaki kalau melihat wanita berpakaian menggiurkan macam tu, mesti akan kata mantop! Yela, terlampau ikut fesyen semasa sampai terdedah apa yang tak patut! Kalau berpakaian tapi bahagian atas, belakang dan depan terdedah.. Bahagian mana yang korang tutup??

Nak ikut trend tu biarlah berpada-pada, jangan sampai diri tu jadi tontonan umum kerana cara berpakaian korang yang menjolok mata tu.. Jangan dok perasan cantik sangat kerana berpakaian macam tu!

Dah serupa pakai sarung nangka jer! Korang lihat jer lah minah kat atas tu, dah lah bertudung.. Lepas tu tuck-in pulak baju dipakai tu ke dalam seluar, tak pasal-pasal baik punya tayang dia punya bentuk ‘tundun’ dia..

Berjalan ke hulu, ke hilir sambil menayang bentuk ‘tundun’ di mata umum.. Tak rasa malu ke berpakaian menjolok mata macam tu?? Dah rasa cukup sempurna ke berpakaian macam tu??

Cara berpakaian terlampau menjolok mata macam tu juga lah boleh menjadi salah faktor orang lain akan melakukan sesuatu tak senonoh kat atas diri korang!

Kalau lah korang duduk dalam pengangkutan awam yang seksa dengan orang ramai, lepas tu pakai pulak mcam tu.. Sudah pasti lah ada tangan-tangan gatal akan mengambil kesempatan ke atas korang..

Masa tu korang dah tak sempat nak buat apa-apa lag dah, dan tak tahu siapa yang melakukan semua tu kat korang kerana kesesakkan orang ramai dalam tu.. Kalau korang tanya pun, tak ada siapa yang akan mengaku.. Tak pasal-pasal diri tu telah dicabuli! Nak ke jadi macam tu??

Mesti lah tak nak, betul tak?? So, berpakaian dan berfesyen tu biarlah berpada-pada yer! Jangan sampai ada yang akan mengambil kesempatan!

The post Fesyen Tayang ‘Tundun’ Jadi Kegilaan Wanita Masa Kini appeared first on WOWBERITA.ORG.


Atletico Ke Final Liga Juara-Juara Dengan Agregat 2-2

$
0
0

Atletico Madrid berjaya menempah tiket ke final Liga Juara-Juara setelah kalah 2-1 kepada Bayern Munich, dalam perlawanan yang berlangsung di Allianz Arena, awal pagi Rabu.

Gol tunggal Antonio Griezmann menjadi penentu dalam perlawanan mendebarkan ini, sekali gus memastikan Atletico mara ke final.

Walaupun terikat dengan agregat 2-2, wakil dari Sepanyol itu tetap layak untuk beraksi dalam perlawanan di San Siro, pada 29 Mei depan dengan kelebihan gol di kandang lawan.
Dalam separuh akhir pertama, Atletico yang bermain di tempat sendiri menang 1-0 ke atas Bayern.

Dalam perlawanan ini, Bayern lebih banyak menguasai perlawanan serta melancarkan serangan.

Penyerang Bayern, Robert Lewandowski beberapa kali mengancam gawang Atletico, tetapi tidak membuahkan hasil kerana penjaga gol Atletico Jan Oblak menunjukkan prestasi luar biasa.

Serangan Bayern banyak dibuat menerusi tendangan kuat Arturo Vidal dari luar kotak penalti dengan sekurang-kurangnya tiga tendangan dibuat pada babak pertama, namun mampu diselamatkan Oblak. Dia juga berjaya menyelamatkan bola ketika perlu berdepan secara langsung dengan Lewandowski yang mendapat hantaran daripada Muller.

Gol pertama perlawanan diperolehi oleh tuan rumah menerusi Xabi Alonso yang melakukan tendangan bebas pada minit ke-31 dan merupakan gol ketiga Alonso di Liga Juara-Juara.

Keyakinan tuan rumah untuk menambah gol semakin membuak-buak sebaik sahaja dihadiahkan penalti oleh pengadil. Tetapi, sepakan itu yang diambil oleh Muller berjaya diselamatkan Oblak. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Atletico berjaya menyamakan kedudukan 1-1 ketika tuan rumah asyik menyerang menerusi serangan pantas Fernando Torres yang melepaskan umpan silang kepada Griezmann.

Kedudukan berubah menjadi 2-1 apabila tandukan tandukan Lewandowski tidak mampu diselamatkan Oblak yang menerima umpan Vidal.

The post Atletico Ke Final Liga Juara-Juara Dengan Agregat 2-2 appeared first on WOWBERITA.ORG.

Warga Emas Rakam Aksi Seks Dengan Pembantu Rumah

$
0
0

Pelakuan jijik seorang warga emas yang menjadikan pembantu rumahnya sebagai hamba seks berjaya dibongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 69 tahun di rumahnya di USJ 2, di sini, Rabu lalu.

Lebih jijik lagi, suspek tergamak merakam adegan hubungan seks dilakukan bersama mangsa yang kemudian disimpan dalam kad memori miliknya.

Difahamkan, mangsa seorang wanita warga Indonesia berusia 25 tahun sudah bekerja dengan suspek sejak empat tahun lalu dan tinggal di rumah itu bersama isteri suspek yang lumpuh serta seorang lagi pembantu warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil maklumat dan risikan, pihaknya menahan suspek dan seorang anak perempuannya selepas dipercayai terbabit dengan kes memperdagangkan orang bagi tujuan eksploitasi.

Hasil siasatan seterusnya, anak perempuan suspek dibebaskan dengan jaminan polis bagaimanapun bapanya direman sehingga hari ini.

Seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia yang didapati bekerja dengan suspek sejak Ogos tahun 2012 ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah.

Beliau berkata, mangsa pernah menerima wang gaji sebanyak RM5,000 daripada suspek yang dihantar ke negara asalnya sekali sepanjang empat tahun bekerja.

“Mangsa dipercayai dijadikan hamba seks sejak empat tahun lalu, dia dihantar ke Kedutaan Indonesia sebelum ke rumah perlindungan saksi di Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, petang tadi.

Mohammad Azlin berkata, polis merampas cakera keras, tujuh kad memori dan dua cakera padat (CD) yang dipercayai mengandungi rakaman seks suspek bersama mangsa.

“Barang kes dihantar ke Jabatan Forensik di Cheras untuk siasatan isi kandungan dan kertas siasatan akan disiapkan dalam tempoh terdekat,” katanya kes disiasat bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) 2007.

The post Warga Emas Rakam Aksi Seks Dengan Pembantu Rumah appeared first on WOWBERITA.ORG.

(3 Gambar) Juliana Evans Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

$
0
0

Foto Juliana Evans bersama seorang jejaka kacak yang dimuat naik oleh beliau ketika menghadiri sebuah majlis di Concorde Hotel Shah Alam mencetuskan pelbagai spekulasi dan rasa ingin tahu dikalangan peminat beliau.

Ada yang menganggap jejaka itu adalah kekasih hati Juliana kerana mereka tampak begitu mesra sekali. Malah, ada satu gambar menunjukkan jejaka tersebut meletakkan tangannya di bahu Juliana.

Menurut mereka yang aktif di forum CARI, jejaka itu merupakan kerabat diraja Johor dan merupakan sepupu kepada TMJ. Betul ke?

Tidak dinafikan mereka berdua tampak cukup secocok bersama. Iyalah, masing-masing mempunyai darah kacukan bukan? Ermm, kalau benar jejaka berkenaan kekasih baharu Juliana, kami harap mereka berdua ada jodoh bersama. Mungkin juga mereka masih mengenali hati budi masing-masing, sebab itu Juliana belum bersedia untuk memberitahu status hubungan mereka kepada umum.

The post (3 Gambar) Juliana Evans Bercinta Dengan Kerabat Diraja? appeared first on WOWBERITA.ORG.

Nenek Bukan Islam Ajar Cucu Solat, Berpuasa Selama 20 Tahun

$
0
0

“Nabi Muhammad siapa yang jaga? Bapa saudara dia bukan Islam, jadi apa salahnya saya jaga darah daging sendiri,” kata seorang nenek berbangsa Cina peranakan yang nekad menjaga cucunya beragama Islam sejak 20 tahun lalu.

Berpegang kepada sirah nabi itu, Tan Guan Neo, 71, dengan seluruh kudrat yang ada menjaga cucunya Fahira Nabilah Isham, 20, seperti anaknya sendiri tanpa mengabaikan pendidikan agama Islam cucunya.

Malah, kerana menghormati agama yang dianuti cucu dan tiga anaknya yang lain, Guan Neo yang lebih mesra dipanggil popo sanggup membasuh rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka di sini, dengan air tanah.

“Disebabkan ibu dan bapa Fahira tidak sihat, saya ambil dan jaga Fahira masa dia umur empat bulan sementara dua lagi adik lelaki Fahira sekarang berumur 11 dan 18 tahun dijaga oleh besan saya di Jasin.

“Masa nak jaga Fahira, saya tanya anak sulung (Faridah Nurul Ain, 51) apa yang perlu saya buat kalau mahu jaga orang Islam dan Ain pun beritahu apa yang boleh dan tak boleh termasuklah basuh rumah dengan air tanah.

“Ada juga pinggan mangkuk dan cawan yang dibuang dan sejak itu juga saya dan suami sudah tak bela anjing,” katanya yang kehilangan suami dua tahun lalu akibat denggi berdarah.

Ajar cucu puasa seawal usia lima tahun

Guan Neo juga mengajar cucunya berpuasa seawal usia lima tahun. Walaupun berlainan agama, dia mahu Fahira bukan sekadar mengenali Islam, tetapi mahu cucu kesayangannya itu mempraktikkan ajaran Islam sekali gus menjadi penganut agama Islam yang baik.

“Saya sendiri hantar dia sekolah agama, hantar dia mengaji walaupun hujan dan saya pukul dia kalau tak solat masa kecik-kecik dulu sebab saya mahu dia kenal agamanya dan hidup dengan beragama.

“Saya mahu dia berjaya, ada pendidikan dan saya bersyukur Fahira sudah khatam tiga kali, boleh sembahyang dan baca Quran selain sekarang ini belajar jurusan Sains Komputer di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin.

“Saya selalu doa, kalau sudah sampai masa saya pergi, biarlah ketika itu Fahira sudah bertemu jodoh dengan lelaki yang baik untuk dia bergantung hidup kerana bapanya sudah meninggal dunia dan ibunya pula sakit,” katanya.

Menurut popo, selain ibu Fahira yang kini mengidap sakit mental, dua daripada lima anak perempuannya juga bertukar agama termasuk anak sulungnya, Faridah Nurul Ain yang mesra dipanggil Ain menerima hidayah ketika sekolah menengah.

“Dulu saya dan suami kerja di Tebong sementara Ain belajar di Sekolah Tengku Besar Tampin. Ada satu hari dia balik rumah pakai tudung. Masa tu saya dan suami marah-marah juga dan risau kalau dia mahu kahwin.

“Tapi Ain terangkan dia tukar agama kerana agama bukan kerana kahwin dan sejak itu saya dan suami terima walaupun jiran-jiran mengata dan mencemuh saya sekeluarga.

“Selepas bertukar agama, Ain juga tinggal dengan ibu angkatnya di Kuala Pilah dan berkahwin dengan lelaki Melayu lima tahun kemudian,” katanya yang mempunyai 15 cucu termasuk 11 beragama Islam.

Setiap agama suruh manusia jadi baik

Warga emas itu berkata, meskipun tiga anak beragama Islam malah menjaga cucu juga berlainan agama, tapi tidak menghalangnya untuk mengamalkan ajaran Buddha.

“Setiap agama suruh manusia jadi baik, jadi saya harap amalan baik saya kalau tak dibalas di dunia, dapat balasan di akhirat,” katanya sebelum mengahkiri perbualan.

The post Nenek Bukan Islam Ajar Cucu Solat, Berpuasa Selama 20 Tahun appeared first on WOWBERITA.ORG.

Pemandu Samseng Sudah Ditangkap, Ada 12 Rekod Saman Had Laju

$
0
0

Susulan viral beberapa gambar mengenai kebiadaban seorang pemandu Mercedes Benz S400, polis telah menahan lelaki terbabit petang semalam.

BACA: Polis Johor Siasat Pemandu Samseng Dalam Video Viral

Lapor Johor Times, Lelaki terbabit ditahan pada petang semalam dan akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 atas kesalahan memandu secara melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang berbahaya.

Semakan data melalui Sistem COPS mendapati, pemandu yang juga warganegara Malaysia itu mempunyai 13 rekod saman yang belum dilangsaikan. 12 saman di atas kesalahan memandu melebihi had laju dan 1 kesalahan memandu di lorong kecemasan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Johor menegaskan, walaupun tidak terlibat dalam kemalangan, namun cara pemanduan yang melulu dan berbahaya boleh disabitkan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.

“Pihak polis tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan lalulintas,” kata kenyataan itu.

The post Pemandu Samseng Sudah Ditangkap, Ada 12 Rekod Saman Had Laju appeared first on WOWBERITA.ORG.

Viewing all 4997 articles
Browse latest View live