Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Hospital Yang Gagal Lapor Kes AGE Akan Diambil Tindakan

$
0
0

http://www.bharian.com.my/articles/JangkitanakutgastroenteritisdiPerakmenurun/pix_gal0

Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau pengurusan hospital kerajaan dan swasta yang gagal melaporkan kes Akut Gastroenteritis (AGE) yang kini merebak di dua daerah di Perak.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kerajaan serius dalam perkara itu dan dibuktikan sebelum ini dengan mengambil tindakan ke atas pengurusan sebuah hospital swasta kerana gagal melaporkan kes denggi.

Rosnah berkata demikian selepas meninjau keadaan pesakit AGE di wad kanak-kanak Hospital Tapah, sebentar tadi.

Sehubungan itu, bilangan pesakit yang ditempatkan di wad semakin berkurangan di dua daerah berkenaan iaitu Batang Padang dan Hilir Perak.

Sementara itu, suntikan vaksin untuk Rota Virus tidak wajib tetapi kementerian menggalakkan ibu bapa mengambilnya untuk anak-anak mereka.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997