Mayat mendiang diva pop, Whitney Houston akan disemadikan Sabtu ini selepas majlis pengebumian tertutup di gereja New Jersey, tempat penyanyi itu mengasah bakat menyanyi dalam kumpulan koir.
Berikutan itu, ribuan peminat Houston tidak dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir memandangkan keluarga mendiang tidak bersetuju mengadakan majlis memperingatinya selama dua hari di kompleks sukan Newark.
“Majlis pengebumian akan diadakan pada jam 12 tengah hari Sabtu ini di Gereja New Hope Baptist,” kata jurucakap pihak pengendali pengebumian di Newark.