Universiti Curtin di Australia memohon maaf kerana merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia, apabila mengumumkan bahawa isteri perdana menteri itu akan dianugerahkan dengan ijazah Doktor Kehormat Persuratan.
Dalam satu kenyataan hari ini naib canselor universiti itu, Jeanette Hacket, berkata Curtin mengambil perhatian berhubung bidasan orang ramai atas pemberian ijazah berkenaan dan juga mengenai penggunaan istilah “wanita pertama”.
“Kami juga mengakui penggunaan istilah ‘wanita pertama’ mungkin menyinggung sesetengah pihak dan kami memohon maaf mengenainya.