Felda United mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menumpaskan penyandang juara, Kelantan pada separuh akhir di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan kedua-dua pasukan terikat menerusi agregat 5-5, namun Felda menempah pertemuan dengan Pahang menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Felda mendahului 2-0 pada 30 minit pertama menerusi jaringan pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Izuan Salahudin.
Namun Kelantan berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang import, Francis Forkey Doe dan Edward Junior.