Hujan lebat yang berterusan jam 2:45 petang tadi telah menyebabkan beberapa kawasan di Universiti Islam Malaysia (UIAM) Gombak telah ditenggelami air.
Difahamkan, kejadian itu berpunca limpahan air daripada beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan berkenaan hingga mencecah paras pinggang.
Keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut sekitar jam 3.15 petang tadi.
Kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku walaupun beberapa kenderaan dinaiki air.