Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

4 Gambar Ngeri Warga Emas Maut Dilanggar Kereta Api

$
0
0


Seorang lelaki warga emas maut dilanggar kereta api di Kilometer 190, Lahat, berhampiran Taman Halaman Sentosa, Ipoh pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa Din Chik, 84, dipercayai dilanggar kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat ‎mengatakan terdapat kemalangan di kawasan terbabit dan kemudian Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membuat pemeriksaan sebelum menemui mangsa terbaring di tepi landasan.

“Pihak KTMB kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Lahat.

“‎Pemeriksaan lanjut dibuat anggota polis di kawasan berkenaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia serta menghantar mayat ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Menurutnya, mangsa menetap di‎ Kampung Seri Murni, Pasir Puteh dan pihak keluarga sudah dimaklumkan mengenai kejadian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997