Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Adinda Sultan Kelantan Kahwin Kerabat Diraja Brunei

$
0
0

Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin Aishah Putri Petra, 29, akan melangsungkan perkahwinan dengan anak saudara Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Qawi, 39, di Kota Bharu hari ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian jam 8.45 malam ini, manakala majlis persandingan pula disempurnakan esok di Istana Negeri. Difahamkan lebih 1,000 tetamu dari dalam dan luar negara dijangka hadir pada majlis persandingan.

Pasangan pengantin juga akan menghadiri majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Brunei, 6 Julai ini dan majlis istiadat doa kesyukuran, keesokannya.

Tengku Amalin yang pernah menjadi Majistret di Kota Bharu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, adalah anakanda keempat dan puteri bongsu Sultan Ismail Petra, manakala Pengiran Muda Abdul Qawi adalah anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.

Adinda Sultan Kelantan itu yang sebelum ini melanjutkan pengajian peringkat sarjana undang-undang di Universiti Melbourne, Australia dan Abdul Qawi, difahamkan bertunang April lalu di Istana Negeri dengan berbalas hantaran 11 dulang di pihak lelaki dan 13 dulang di pihak perempuan.

Rombongan diraja Brunei yang diketuai Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikatakan tiba di Kota Bharu, Isnin lalu untuk menghadiri majlis akad nikah dan majlis persandingan pasangan terbabit.

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Tengku Amalin & Pengiran Muda Abdul Qawi

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997