Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

UPDATE 2: Saksi Dakwa Pemandu Vios Memandu Secara Biadab

$
0
0

Berlainan dari cerita asal, ini pula cerita dari pemandu Perodua Myvi yang menjadi mangsa langgar pemandu Vios yang juga perakam video yang tersebar di laman sosial hari ini.

Menurut Nur Alya Ahmad, saksi kepada kejadian tersebut mendakwa video yang disebarkan itu tidak menceritakan hal sebenar yang berlaku. Sebaliknya ia dilihat berat sebelah dan si perakam video dilihat cuba meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan dirinya tidak bersalah.

Menurut Nur Alya Ahmad lagi, kejadian bermula apabila Toyota Vios nombor pendaftaran WWJ 1134 yang kononnya menjadi mangsa dalam video tersebut memotong barisan untuk masuk ke lorong Smartag.

Nur Alya yang menyaksikan kejadian itu dari belakang melihat Toyota Vios berkenaan menghimpit Myvi dengan rapat dan sengaja sehingga menyebabkan side mirror kedua-dua kenderaan terbabit bergesel.

Menyangkakan sesuatu yang buruk bakal berlaku, Nur Alya terus mengekori dua kereta berkenaan. Sangkaannya tepat, selepas insiden pergeseran berkenaan, pemandu Vios cuba memprovokasi Myvi untuk berhenti. Ini termasuk cubaan membrek kenderaannya secara mengejut di hadapan Myvi.

Tidak tahan dengan provokasi melampau berkenaan, akhirnya pemandu Myvi mengambil keputusan untuk berhenti di stesen BHP selepas Tol Gombak.

Namun begitu Nur Alya tidak memihak kepada mana-mana pihak. Cuma dia meminta agar semua pihak tidak terus menerus percaya pada rakaman video yang tidak menunjukkan kejadian yang sebenar itu.

Nantikan update 3 sekejap lagi…

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997