Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal sendirian sebelum didatangi seorang suspek yang dikenali bersama sekumpulan lelaki yang tidak dikenali daripada belakang dengan motosikal.
Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa kemudian ditetak beberapa kali oleh suspek sehingga pengelangan tangan kananya putus sebelum mangsa melarikan diri.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
“Gerakan mencari tangan mangsa yang putus berjaya ditemui dilokasi kejadian,” katanya.