Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Mahkamah Putuskan ‘Nora Teoh’ Bukan Beragama Islam

$
0
0

Mahkamah Syariah Pulau Pinang hari ini mengesahkan Teoh Cheng Cheng yang mayatnya diambil semasa upacara pengebumian Buddha pada Isnin bukanlah seorang Islam.

Hakim Zaim Md Yudin berkata, mayatnya akan dikembalikan kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Dalam penghakiman selama 20 minit itu, beliau berkata pihak yang menjaga mayat Teoh sekarang perlu mengembalikannya kepada keluarga mendiang.

Turut berada di mahkamah adalah Wan Faridulhadi Mohd Yusoff, yang mewakili anak perempuan Teoh, Medelyn Teoh dan ahli keluarganya.

Semalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) memfailkan permohonan untuk mendapatkan deklarasi berhubung status mendiang.

Semalam, mahkamah mendengar testimoni daripada saksi, dua daripada Maipp dan dua daripada pihak Teoh.

Saksi yang memberikan testimoni bagi pihak Teoh adalah anak perempuan sulung, Medelyn Teoh, 17, dan seorang rakan rapat keluarga yang tidak dikenalpasti oleh media.

Media dihalang untuk mendengar prosiding mahkamah semalam atas permintaan keluarga Teoh.

Pihak keluarga diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff, manakala Maipp diwakili peguam Noor Asyimah Ramli.

Teoh didakwa memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya, dan menggantung diri pada Sabtu lepas di Pangsapuri Pelangi, Lintang Macallum dekat George Town selepas bergaduh dengan kekasihnya.

Teoh sepatutnya dikebumikan dengan cara pembakaran menurut upacara Tao.

Namun majlis pengebumiannya dihentikan oleh pegawai Jaipp, dan selepas mendapat kebenaran keluarga mendiang, mereka mengambil mayat dan dibawa ke rumah mayat Pulau Pinang sehingga tindakan selanjutnya diambil terhadap kes itu.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997