Pengeluar produk tersebut yang juga merupakan wakil pengusaha syarikat Ballantyne Food dari New Zealand mengesahkan produk tersebut tidak halal untuk umat Islam. Oleh itu umat Islam dilarang keras untuk menggunakan produk tersebut dalam ramuan masakan.
Setakat ini, produk Butter Golden Churn paling banyak diguna pakai di Sarawak oleh segelintir pengusaha kek lapis di sana. Bagi yang telah menggunakan produk tersebut, mereka akan membuat proses samak sambil disaksikan oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.