Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Dua Beranak Terbunuh Kereta Bertembung Bas Ekspres

$
0
0

Seorang wanita dan anak lelakinya terbunuh dalam keadaan ngeri selepas terperosok dan tersepit dalam kereta selepas kenderaan itu dirempuh sebuah bas persiaran, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, mangsa, Nurni Ahmad, 37, dan anak lelaki tunggalnya, Ikmal Daniel Abdullah, 7, ditemui pasukan bomba dan penyelamat dalam keadaan berlumuran darah di Kilometer 46, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Temoh, di Tapah.

Mangsa yang memandu Proton Saga dari Tapah untuk pulang ke rumahnya di Ipoh dikatakan bertembung dengan sebuah bas persiaran yang terbabas memasuki laluan bertentangan.

Pada masa sama, sebuah motosikal dari arah Tapah yang tidak sempat mengelak turut merempuh bahagian belakang kereta mangsa menyebabkan penunggang dan motosikalnya terpelanting masuk ke dalam kereta mangsa.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997