Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Rumah Sewa Mahal, Alasan Untuk Tinggal ‘Bersama’

$
0
0

Rumah sewa mahal, tiada tempat tinggal dan baru tiba dari kampung. Itu antara alasan yang sering digunakan pasangan yang ditahan JAIS kerana berkhalwat.

Majoriti yang ditahan terdiri daripada pasangan berusia 20-an hingga 30-an dan tinggal serumah dengan pasangan masing-masing dengan memberi alasan kos sara hidup yang tinggi.

Timbalan Pengarah JAIS Ahmad Zaki Arshad berkata, melihat kesalahan jenayah syariah itu antara yang tertinggi di negeri ini, pihaknya mengambil langkah proaktif untuk mengekang masalah ini daripada terus berlaku.

JAIS kini mempunyai 200 anggota penguat kuasa yang ditempatkan di semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) bagi memantau perlakuan sumbang ini selain memantau jenayah syariah lain.

“Walaupun khalwat antara kes jenayah syariah yang tertinggi dicatatkan di negeri ini, namun ia masih lagi terkawal.

“Kerjasama erat semua pihak diharap dapat meningkatkan penguatkuasaan jenayah syariah, sekali gus dapat mengawal masalah ini daripada terus merebak dan menjadi wabak dalam masyarakat,” katanya.

Operasi berterusan membanteras pusat maksiat seperti rumah urut dan hotel bajet yang dijalankan agensi penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen banyak membantu mengurangkan kadar jenayah syariah di negeri ini.

Kesedaran anggota masyarakat juga semakin meningkat dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan jenayah syariah yang berlaku di kawasan masing-masing.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997