Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Harga Perodua Viva Turun RM5,300 Mulai Hari Ini

$
0
0

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan pemotongan harga sebanyak RM5,300 untuk kereta model Perodua Viva sempena Hari Raya Aidilfitri.

Perodua dalam satu kenyataan berkata, selain pemotongan harga itu, bonus berupa wang tunai sebanyak RM800 juga akan diberikan kepada pembeli yang mendaftarkan kenderaan mereka bermula hari ini hingga 31 Ogos depan.

“Pelanggan kami juga layak untuk mendapat pakej servis percuma selama tiga tahun yang ditawarkan kepada semua pelanggan Perodua.

“Pengurangan harga itu dibuat hasil inisiatif pengurangan kos yang kami jalankan sejak 2011,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Menurut Aminar, pengurangan harga itu juga menjadikan Perodua Viva sebagai sebuah model paling mampu milik dalam kelasnya di negara ini sekaligus mencapai aspirasi kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Antara model varian Perodua Viva yang diturunkan harga ialah:

* AM6BXD – Potongan sebanyak RM3,000 kepada RM22,000
* AM8EXD – Potongan sebanyak RM5,300 kepada RM27,900
* AM1BZD – Potongan sebanyak RM5,300 kepada RM29,900
* AM1GXD – Potongan sebanyak RM5,300 kepada RM32,900
* AM1EZD – Potongan sebanyak RM4,500 kepada RM36,800

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997