Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Tongkang Karam: 9 Mayat Ditemui, 26 Masih Hilang

$
0
0

Perkembangan terkini setakat jam 8 malam, sembilan mayat telah ditemui dalam kejadian tongkang karam dekat Sungai Air Hitam, Banting. Kesemua mayat tujuh lelaki dan dua perempuan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk post-mortem.

Setakat ini, jumlah mangsa yang diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah 62 orang (49 lelaki, 12 wanita dan 1 kanak-kanak) dengan 26 dikhuatiri masih hilang.

Pada awal pagi Rabu, sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang asing telah dilaporkan karam.

Pihak Bomba menerima panggilan pada jam 12.24 pagi dan jentera penyelamat dihantar kurang 30 minit selepas itu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, sebuah bilik operasi sementara telah dibuka di Pulau Carey.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil semasa dihubungi berkata, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dikerah ke sekitar pesisir pantai.

“Dua buah kapal maritim telah dihantar untuk SAR termasuk sebuah helikopter. Buat masa ini sebuah pusat operasi turut dibuka di Jeti Pantai Klanang,” kata Jaslizad.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Pegawai Polis yang berada di Balai Banting, Insp Mohd Shamsul Sharif mengesahkan 97 penumpang yang terlibat dalam insiden karam tersebut merupakan warganegara Indonesia.

Sumber Kedutaan Besar Republik Indonesia memaklumkan Astro AWANI bahawa pihak kedutaan sedang berurusan dengan pihak berkuasa yang terlibat.

Tongkang tersebut dikatakan berlepas dari Jeti Sungai Air Hitam awal pagi Rabu dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke Acheh.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997