Walaupun masih belum memeluk agam Islam, namun nama Felixia terus meniti di bibir-bibir peminatnya malah bekas model ini juga sudah pun bergelar pelakon apabila beberapa drama lakonannya sudah pun ditayangkan di kaca televisyen baru-baru ini.
Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan apabila Felixia telah diundang untuk menjadi seorang ahli panel dalam bicara santai sempena kedatangan Ramadan ini yang akan dipengerusikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad.
Bicara santai itu akan berlangsung pada Sabtu ini, jam 9 malam di Surau Al-Ittifaqiah, Taman Kajang Impian, Selangor.
Menerusi kenyataannya sebelum ini, Felixia juga mengatakan dirinya bakal memeluk Islam pada bulan Ramadan ini.
Diharapkan segala perancangan Felixia untuk memeluk Islam berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.