‘Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,’ kata Encik Abdul Rahim Abu Bakar, 45 tahun.
Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai itu daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini.
‘Seelok-eloknya, ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya.
‘Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah, tabib Cina itu percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,’ katanya ketika ditemui akhbar Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.
Encik Abdul Rahim berkata, ratu anai-anai hanya boleh hidup sekitar tiga hari selepas diambil daripada sarangnya.
Bagi lelaki, memakan ratu anai-anai itu dapat membantu memulihkan penyakit mati pucuk dan merawat masalah tenaga batin manakala wanita yang memakannya pula boleh menambahkan kesuburan, dakwanya.