Menurut laporan The Straits Time Online, Majlis Bandaraya Tanjong Pagar telah menampal poster-poster ini berdasarkan laporan perbuatan tersebut sejak bulan Mei yang lalu.
Wanita muda yang wajahnya terselindung telah dirakam aksi tak senonohnya oleh CCTV, telah membuang air kecil di dalam sebuah lif pada 8.22pm pada 23 Mei yang lalu.
The New Paper telah melaporkan MP Tanjong Pagar, Dr Lily Neo sebagai berkata: “Kami tidak apa pilihan kerana sukar untuk mengesan individu yang melakukan perbuatan tersebut. Dengan meletakkan gambar poster ini, seseorang patut ‘terasa’ dengan perbuatannya.”