Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Ibu Remaja OKU Yang Dikurung Bersama Sampah & Najis Diberkas

$
0
0

Ibu remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dikurung seorang diri di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai awal pagi Sabtu diberkas sebaik pulang ke rumah untuk siasatan lanjut.

Wanita terbabit dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Di dalam satu kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu remaja lelaki itu sudah berpisah dengan suaminya.

Rohani berkata Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan sedang melakukan siasatan setelah melawat remaja itu di hospital di mana dia diserahkan.

Siasatan awal mendapati ibu remaja itu menafikan yag anaknya dikurung dan diabaikan.

Dia turut mendakwa telah terputus hubungan dengan bapa anaknya itu setelah mereka bercerai.

“Buat masa ini, siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati berlaku pengabaian terhadap anak OKU tersebut, kita akan menempatkan remaja itu di sebuah pusat kendalian JKM,” kata Rohani.

Tambah beliau, JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja malang terbabit.

Jabatan Imigresen pada awal Sabtu menemui remaja OKU yang dipercayai menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ itu ketika melakukan Operasi 6P.

Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.

Mangsa dijumpai di dalam sebuah bilik yang dipenuhi sampah dan najis.

Sebaik dijumpai, remaja itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997