Dalam kejadian yang berlaku di daerah Layyah itu, Muzammil Bibi, 20, dipercayai dirogol oleh tiga lelaki di sebuah padang sebelum dicekik hingga mati.
Tidak cukup dengan itu, mayatnya kemudian digantung dengan tali di atas sepohon pokok oleh suspek.
Kejadian itu mengejutkan orang ramai kerana ia bukanlah jenayah yang biasa berlaku di kawasan itu.
“Selama 22 tahun saya berkhidmat, inilah kali pertama kami berdepan dengan kes seumpama ini. Kami pernah mendengar kes ini berlaku di India, tapi bukan di Pakistan.
“Pakaiannya koyak. Kami membawa turun mayatnya dari pokok dan menghantarnya ke hospital. Terdapat kesan-kesan pergelutan pada tubuhnya.
“Kami sudah menahan tiga individu yang mengaku melakukan jenayah itu,” ujar pegawai polis senior, Sadaqat Ali Chohan.
Secara jujurnya, kami sendiri kurang jelas akan tujuan para perogol ini menggantung mayat gadis yang telah dirogol dan dibunuh di atas pokok berbanding menyorokkannya di tempat yang sukar ditemui.
Mungkinkah ia sengaja dilakukan bagi menunjukkan ‘kekuasaan’ mereka terhadap golongan wanita yang lemah?