Gambar ibu kepada anak OKU berusia 15 tahun yang ditemui dalam keadaan menyayat hati dalam satu operasi menbanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal 2 pagi 21 Jun 2014 di rumah pangsa di Taman Semarak Nilai kini mula tersebar.
Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang.
Malah Lola, 40, kini mahu menyerahkan anaknya kepada JKM untuk dijaga.
Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,
Penemuan itu mengejutkan ramai pihak yang menganggap Lola seorang yang zalim dan mereka turut menyeru agar Lola dikenakan tindakan.
Penemuan itu juga turut mendapat perhatian portal berita antarabangsa.