Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Sinopsis Drama Rumah Kedai TV3

$
0
0

Drama Rumah Kedai disiarkan setiap Isnin hingga Rabu jam 5:35 petang bermula 8 Julai 2013. Drama bersiri 15 episod ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Didie Alias, Kaza, Nabil Ahmad, Iqram Dinzly, Miera Liyana, Nadiya Nissa, Rozita Che Wan, Talha Harith dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Rumah Kedai TV3

Mak Wan Su dan Pak Cik Shaf merupakan pasangan yang mempunyai perwatakan yang berbeza namun saling melengkapi antara satu sama lain. Lantaran itu, mereka dapat membuka sebuah mini market yang serba lengkap dan diberikan kepercayaan pihak bank untuk mendapat bantuan perniagaan. Mak Wan Su dan Pak Cik Shaf dikurniakan tiga orang anak, Wan Sherina, Wan Shahila dan Ewan Zul yang juga mempunyai sifat bertentangan. Suatu hari, Mak Wan Su sibuk mencari orang baru untuk menyewa rumah yang kosong di bahagian atas mini marketnya. Mak Wan Su mahu orang yang sudah berkahwin menjadi penyewa supaya rumahnya tidak kotor manakala Pak Cik Shaf mempunyai pendapat berbeza, dia lebih gemar orang bujang. Ramai yang mahu menyewa tetapi semua ditolak oleh Mak Wan Su sehinggalah Mak Su mengadakan ujibakat untuk mencari penyewa. Apakah yang berlaku kemudian?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997