Sekeping pelekat amaran berkenaan larangan melakukan kerosakan, merokok dan melancap telah tersebar di ruang maya. Pelekat tersebut dipercayai diambil dari Kolej Perindu, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menurut laporan The Malaymail Online, pihak pengurusan kolej telah menafikan larangan tersebut dikuatkuasakan di sini.
“Kami tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian,” kata jurucakap rasmi koleh berkenaan.
Apabila ditanya adakah ini bermaksud kegiatan onani dibenarkan di situ, beliau menjawab: “Larangan tersebut palsu”
Beliau juga sedia maklum berkenaan pelekat tersebut yang berada di kolej berkenaan.
“Kami telah membuat laporan kepada pihak polis bantuan kolej,” katanya lagi.
Pelekat tersebut tertulis nama Kolej Perindu dan telah tersebar beberapa ketika di internet.
“Dilarang melakukan kerosakan, dilarang merokok, dilarang beronani. Awas! Anda sedang diperhatikan,” itulah yang tertulis pada pelekat tersebut.
Pegawai kolej itu juga memberitahu hanya dua larangan yang pertama sahaja dipakai dalam pelekat tersebut. Pelekat tersebut dikeluarkan bertujuan mengesan penggunaan barangan elektrik oleh pelajar di dalam kolej.
Melancap atau onani pula diharamkan dalam Islam.