Bagaikan amaran, Azhar memberikan peringatan agar cikgu terbabit jangan pula mengambil cuti keesokan hari kerana dia ingin datang dan menuntut penjelasan dari cikgu berkenaan.
Namun tidak pula didedahkan apa punca kejadian sehingga menyebabkan anaknya itu ditampar sebanyak 10 kali.
Ada juga yang menyatakan Azhar tidak sepatutnya mempercayai dakwaan anaknya itu, sebaliknya menyiasat punca kejadian sebenar.
Ada juga yang berpendapat, jangan hanya kerana Azhar seorang artis, maka dia layak menghentam guru terbabit dengan sewenang-wenangnya bagaikan anaknya itu tidak bersalah.
Apa pun, kita tunggu penjelasan lanjut dari kedua-dua pihak.