Memetik laporan The New Zealand Herald, permohonan maaf kepada kerajaan adalah atas kelemahan dalam nasihat yang diberikan kepada kerajaan oleh pihak kementerian dan pengurusannya dalam sesuatu insiden yang serius seperti itu.
“Kementerian tidak dapat menunaikan sepenuhnya tanggungjawab kepada kerajaan pada dan kami memandangkegagalan ini sebagai sesuatu yang serius.
“Adalah selama ini menjadi dasar rasmi kerajaan New Zealand untuk meminta penepian kekebalan diplomatik dalam kes-kes seperti ini,” kata Allen
Beliau berkata pihak kementerian sedang mengkaji proses sedia ada untuk menangani isu sebegini dan dijangka akan melantik pihak bebas untuk membantu.
Kajian ini akan memberi tumpuan kepada dua perkara: komunikasi tidak rasmi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang membuka kemungkinan kepada tindakan yang berbeza yang diharapkan oleh pihak kerajaan dan hakikat bahawa Menteri Luar New Zealand tidak diberikan maklumat secukupnya.
Awal hari ini, Menteri Luar New Zealand Murray McCully memohon maaf kepada Perdana Menteri John Key kerana tidak memaklumkan sepenuhnya mengenai kes pegawai diplomatik Malaysia sebelum Key bercakap mengenai secara terbuka mengenai perkara ini.
McCully turut meminta maaf secara terbuka kepada mangsa yang beliau sendiri tidak mengenali identitinya.
Memetik laporan portal berita stuff.co.nz, Murray memohon maaf atas tindakan di bawah standard yang diharapkan.
“Kami (Kementerian Luar dan Perdagangan) meminta maaf di atas prestasi yang di bawah standard yang diharapkan,” kata beliau.
Murray mengesahkan bahawa beliau telah cuba untuk mengenal pasti pihak yang tahu tentang insiden ini dan bila ia berlaku.
Difahamkan beliau sebelum ini tidak diberitahu bahawa Malaysia telah menolak permohonan untuk mengetepikan kekebalan diplomatik Muhammad Rizalman Ismail sehinggalah minggu lalu, sebulan selepas Rizalman meninggalkan New Zealand.
“Sepanjang pengetahuan saya, ada beberapa kakitangan di dalam kementerian telah diberi salinan [surat-menyurat],” kata McCully.
Beliau difahamkan bahawa seorang kakitangan menerima emel mengenai isu ini tetapi “tidak membukanya. Dia sedang berada di satu lokasi yang tiada kemudahan untuk berkomunkiasi.
“Kakitangan saya yang lain sepatutnya telah dimaklumkan, tetapi tidak dilakukan.”