Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Bonus RM500 Untuk Penjawat Awam Sempena Raya 2014

$
0
0

Kerajaan bersetuju memberi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi gred 1 hingga gred 54.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

“Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

“Kerajaan berharap dengan bayaran bantuan khas kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran,” kata Perdana Menteri.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997