Terbaru, kes culik seorang remaja turut dikaitkan dengan motif ini.
Kes bermula pada 29 Jun lalu apabila keluarga dan rakan-rakan seorang remaja bernama Aqil telah memohon bantuan menerusi laman sosial untuk menjejaknya yang tiba-tiba hilang.
Mengikut cerita dia diculik oleh tiga lelaki dan dibawa menaiki sebuah van putih, dipercayai hendak dibawa ke Thailand mengikut Gua Musang untuk diambil organ.
Mangsa yang tersedar dalam perjalanan bagaimana pun berjaya melarikan diri lalu pergi ke Balai Polis Bentong sebelum diselamatkan.
Namun, tak pasti pula sama ada benar kenyataan dalam Whatsapp di bawah bahawa pihak polis yang mengesyaki Aqil hendak dibawa ke Thailand memandangkan Bentong adalah laluan ke sana.
Maklumlah, kalau dah KDN nafikan takkanlah ada pula anggota yang boleh beri maklumat mengelirukan pada orang awam kan? Sumber lisan jangan dibuat main-main pada zaman sekarang. Sekejap saja sudah tersebar…
Kami percaya perkara yang membuatkan sindiket menjual organ dan kes culik ini dikaitkan adalah penggunaan VAN dan mangsa dikatakan dibius hingga tidak sedarkan diri.
Diharapkan selain penafian, akan ada tangkapan dilakukan pihak berkuasa terhadap pihak yang menculik Aqif agar cerita van putih merayau mencari mangsa untuk diculik bagi mendapatkan organ dapat dibongkar.