Menurut sumber, polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves.
“Kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut,” katanya.
Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi 26 April lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil untuk ke pejabatnya.
Mangsa yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki itu tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.