Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Idham Syafiq yang dipercayai terkena serpihan mercun itu ketika dia menyalakan sumbu menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya memegang mercun berkenaan.
Menurut Mohd Idham, belum sempat dia membaling mercun berkenaan ia meletup secara tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan tangannya cedera disamping turut terkena pipi dan mata kanannya.
“Saya menjerit kesakitan. Salah seorang rakan yang turut bermain mercun bersama saya membawa saya ke hospital Pasir Mas untuk menerima rawatan.
“Memang saya amat menyesal dengan tindakan saya ini.
Katanya lagi, dia berharap orang ramai jangan ikut perasaan dan rasa seronok kerana akibatnya diri sendiri yang Merana.
Terdahalu, Mohd Idham menerima kunjungan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim yang kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), hari ini