Dalam perbualan ketika dibelasah, ada juga si wanita mengaku sudah pun mencuri sebuah lagi kereta jenis Ford.
Bagaimanapun, ada susulan daripada kes berkenaan yang menunjukkan wanita itu bukan sahaja dibelasah dengan cara dipukul, dia juga telah dicucuh besi panas dan lengan berkali-kali.
Lelaki yang suaranya di dalam video berkenaan dan yang memukulnya adalah seroang pekerja dengan sebuah syarikat penyewa kereta yang mana kereta mereka dicuri oleh wanita itu.
Dia bagaimanapun telah pun menghilangkan diri.
Selain dipukul, wanita itu turut disamun apabila tablet dan juga wang di dalam akaun bank wanita itu telah diambil lelaki berkenaan.
Mangsa telah pun membuat laporan polis dan suspek utama difahamkan telah dikenalpasti dan kini dalam siasatan pihak polis.
Ada juga cerita, wanita itu terpaksa melakukan jenayah mencuri kereta kerana dipaksa oleh seorang lelaki Cina bagi menjelaskan hutang bekas suaminya.