Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

PLUS Tawar Rebat Tol Lebih 10 Peratus Sempena Aidilfitri

$
0
0

PLUS hari ini mengumumkan berita baik untuk pengguna Lebuh raya Utara-Selatan dengan jangkaan pengguna menikmati rebat tol lebih daripada 10 peratus pada hari yang terpilih.

Rebat itu bukan hanya dinikmati pengguna tunai tetapi pengguna yang membayar tol secara eletronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go dan SmartTAG di lebuh raya kendalian PLUS.

Selain itu, rebat itu dilihat dapat menggalakkan pengguna menggunakan lebuh raya pada hari yang tidak sesak sekali gus melancarkan lalu lintas.

“Pihak penguat kuasa akan bekerjasama dengan pihak PLUS untuk membantu mengendalikan trafik dengan lebih lancar sepanjang musim perayaan.

Pihak PLUS juga akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan untuk pengguna merancang perjalanan pada musim perayaan nanti.

PLUS menjangkakan lalu lintas di lebuh raya dalam rangkaiannya akan mencecah antara 1.5 hingga 1.6 juta kenderaan sehari, namun demikian pihak PLUS akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan keadaan trafik lebih teratur dan tersusun.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997