Dalam satu serangan terburuk, sebuah peluru berpandu menghentam sebuah rumah di bandar selatan Khan Yunis apabila orang ramai berhimpun untuk melindunginya, menyebabkan tujuh orang maut.
Saksi menyatakan dron Israel menembak suar amaran, menyebabkan saudara mara dan jiran berkumpul di rumah berkenaan sebagai perisai manusia dan sejurus kemudian pesawat F-16 menembak peluru berpandu yang memusnahkan bangunan itu.
Berikutan itu, Hamas menegaskan “seluruh rakyat Israel” akan menjadi sasaran tindak balas.
“Pembunuhan beramai-ramai di Khan Yunis…pembunuhan kanak-kanak adalah jenayah perang yang kejam dan semua rakyat Israel kini menjadi sasaran sah perjuangan kami,” kata jurucakapnya, Sami Abu Zuhri menerusi Facebook.
Tidak lama kemudian, dua lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara di Shejaiya, di timur Bandaraya Gaza.
Terdahulu, tiga rakyat Palestin terbunuh apabila peluru berpandu mengenai sebuah kereta di Daraj di tengah Bandaraya Gaza.