Lelaki tersebut ditahan di sebuah rumah yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Polis juga turut merampas sebuah komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan semasa melakukan kesalahan tersebut.
Lelaki tersebut kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 kerana penggunaan tidak wajar dalam kemudahan rangkaian.