Selepas menjaringkan hatrik minggu lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Mohammed Ghaddar hari ini menjaringkan dua gol bagi membantu Red Warriors menewaskan Arema FC 3-1 dalam pertemuan ulangan peringkat kumpulan H kempen Piala AFC Stadium Gajayana, Kota Malang.
Dua gol menerusi sumbangan penyerang import Lubnan, Mohammad Ghaddar dan satu gol hasil jaringan Mohamad Zamri Ramli sudah cukup untuk melonjakkan Kelantan ke tangga teratas saingan kumpulan, meskipun berkongsi tujuh mata dengan wakil Vietnam, Navibank Saigon dan Ayeyawady United FC dari Myanmar.