Sinopsis Drama Rindu Awak 200%
Rindu Awak 200% (peratus) mengisahkan Zill Faezrul Iqbal berkahwin dengan Armel Aisya yang diaturkan oleh keluarga. Walaupun Armel menentang pada awalnya namun, akhirnya dia terpaksa menerima selepas melihat kekasih yang dipuja Raizil berdua-duaan dengan wanita lain. Bagaimanapun Zill Faezrul menerima Armel sepenuh hati kerana yakin Armel diciptakan Tuhan untuknya. Tetapi rumahtangga mereka tidak seperti pasangan lain, masing-masing membawa hala tuju sendiri. Bahkan Armel sendiri tidak pernah tahu siapa suaminya itu. Agaknya sampai bila mereka akan bermasam muka dan tidak sekepala? Sama-sama nantikan drama yang pastinya memberikan impak mendalam di hati penonton.
Video Promo Drama Rindu Awak 200%