Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Malaysia tarik balik nasihat amaran tsunami

$
0
0

Amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 semalam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM).


Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JMM memaklumkan bahawa nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia.

Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa bumi itu.

JMM turut mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu mengakibatkan tsunami.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997