Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Faktor Pengukuhan Perpaduan Kaum Di Malaysia

$
0
0

Soalan: Huraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum dengan tepat dan lengkap berserta contoh-contoh yang bersesuaian. Markah penuh bagi soalan ini ialah 15 markah.

Jawapan: Faktor pengukuhan perpaduan kaum di Malaysia adalah sejarah atau peristiwa 13 Mei 1996. Seperti sedia maklum, peristiwa 13 Mei adalah sejarah hitam terhadap kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Mengenang peristiwa 13 Mei adalah punca utama kepada pengukuhan kaum agar peristiwa berdarah tersebut tidak berulang lagi.

Selain itu, konsep program 1Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak merupakan salah satu faktor pengukuhan perpaduan dinegara ini. Intipati gagasan ini adalah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.

Disamping itu, sikap saling menghormati antara satu sama yang lain merupakan faktor pengukuhan perpaduan kaum. Setiap individu haruslah mempunyai sikap menghormati dan bertoleransi terhadap bangsa dan agama yang lain. Contohnya, tidak menghina atau mencaci agama yang dianuti oleh bangsa lain.

Program rumah terbuka juga dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Disetiap musim perayaan, terdapat program rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan. Tujuan utama adalah untuk mendalami nilai budaya kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.

Pengaruh media massa juga adalah salah satu faktor pengukuhan perpaduan kaum. Media massa seperti televisyen, majalah, internet dan akhbar memainkan peranan penting dalam pengukuhan perpaduan kaum. Contohnya adalah menyiarkan rencana, dokumentari dan drama khas untuk menyemaikan nilai perpaduan antara kaum.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997