Intan, isteri kepada pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Mohd Hazrin Hasnan, mengakui beliau terkejut mengenai tragedi terbaharu itu, sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Semua kru ini adalah kawan-kawan yang rapat ketika waktu kerja. Kami seperti adik beradik, ahli keluarga yang sentiasa bersama.
“Mereka ini sangat baik dan kelakar. Sangat sedih apabila mendengar berita kemalangan yang menimpa mereka dan merasakan satu kehilangan besar.
“Kini giliran saya pula untuk memberi kata perangsang serta semangat kepada semua waris 15 anak kapal dan penumpang MH17 yang terkorban,” katanya.