Iklan-iklan tersebut memberi kesan yang mendalam kepada kita kerana ia menyentuh kenangan-kenangan indah serta semangat perpaduan di antara kaum dan juga keindahan budaya dan tradisi setiap kaum.
Hari ini, Petronas sekali lagi melancarkan sebuah kempen sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Sinopsis Iklan Raya Petronas 2014 Ke Pangkuan Bonda
Mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Ani yang tinggal di kampung, serta perjalanan keluarganya ketika persiapan dan sambutan Hari Raya.