Menerusi makluman rasmi Bahagian Pengajian Tinggi, semakan result e-rayuan bagi lepasan STPM dan setaraf boleh disemak pada minggu ke 3 bulan September 2014. Terdahulu, semakan keputusan Kemasukan ke IPTA Bagi Calon Lepasan STPM kini boleh disemak mulai 12 Ogos 2014.
Semakan Keputusan e-Rayuan UPU 2014/2015 Lepasan STPM
Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Bagi Calon Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015 akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan September 2014.
Nota Penting Keputusan E-Rayuan UPU
Perlu diingatkan bahawa keputusan rayuan adalah bergantung kepada jumlah kekosongan setelah pelajar lepasan STPM yang layak mendaftar pada hari pendaftaran.