Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Anak Awak Cukup Sifat’

$
0
0

Meskipun tidak dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir, ibu pembantu juruterbang pesawat penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) Ahmad Hakimi Hanapi, 29, tetap lega apabila dimaklumkan jasad anaknya cukup sifat.

Noriah Daud, 57, dilapor terharu dan mengucap syukur sebaik mendengar bait ayat ‘anak awak cukup sifat’ oleh petugas yang mengurus jenazah mangsa MH17.

Perkara itu dimaklumkan Noriah kepada ibunya Zaleha Bawal Khan, 73, yang memberitahu semua urusan memandi dan mengkafankan jenazah cucunya berjalan baik.

“Dia memberitahu ayat pertama diberitahu petugas kepada mereka di Amsterdam Ahmad Hakimi cukup sifat. Kami bersyukur mendengarnya.

Zaleha (tengah) menunjukkan jenazah cucunya yang diletakkan di dalam keranda.

“Cuma dia ada memberitahu tidak sempat menatap wajah arwah kerana sudah dikafankan, namun tidak terkilan kerana bimbang jika melihat jasad anaknya, dia akan menjadi lebih sedih,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kedai Melor, dekat sini, semalam.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997