Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kelantan kutip mata penuh, Lions tercicir mata

$
0
0

Lions XII dari Singapura gagal melebarkan kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Super setelah terikat 3-3 ketika menentang Kedah di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.

Keputusan seri itu bagaimanapun tidak menggugat kedudukan pasukan bimbingan V. Sundramoorthy itu untuk terus menerajui kedudukan liga dengan mengumpul 40 mata selepas beraksi dalam 20 perlawanan.

Kelantan pula semakin mengurangkan defisit mata dengan Lions XII kepada hanya tiga mata selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Selangor PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Negeri Sembilan pula merampas kedudukan kelima liga dari Selangor selepas mengalahkan Johor FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Turut mencatatkan kemenangan ialah wakil kelab dari Terengganu ialah T-Team yang menumpaskan Kuala Lumpur, 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Sementara itu, Sarawak yang beraksi di Stadium Negeri yang kosong ekoran tindakan tatatertib oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas jiran mereka, Sabah menerusi jaringan tunggal Joel Epalle pada minit ke-22.

Terengganu pula terus ditimpa malang selepas kalah 1-2 kepada Felda United di Stadium Hang Jebat, Melaka.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997