Astro beri siaran percuma selama 3 Hari bermula pada 29 Ogos 2014 sehingga 1 September 2014.
Pihak Astro berbuat demikian berikutan 78 siaran tergendala pada 24 Ogos 2014 akibat insiden kebakaran di bilik UPS Astro bertempat di Bukit Jalil.
Dalam insiden tersebut, servis Astro di seluruh negara tergendala bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 11.00 malam.
Pihak Astro pada 26 Ogos 2014 telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan akan membuka kesemua saluran untuk dinikmati oleh para pelanggan (kecuali perkhidmatan Astro First, Astro Best dan Astro Box Office Sports) iaitu dari Jumaat 29 Ogos, 6.00 petang sehingga Isnin 1 September 2014, 12.00 tengah malam.
Astro Beri Siaran Percuma 3 Hari Mulai 29 Ogos 2014