Malaysia bukan sahaja meraikan hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos, malah turut merayakan Hari Malaysia sebagai tanda memperingati persetujuan Sabah dan Sarawak untuk bersatu dengan semenanjung dalam membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963.
Oleh itu pada setiap 16 September, seluruh negeri akan mengambil cuti umum sebagai memperingati detik bersejarah penubuhan Malaysia.