Kedah tewas kepada PKNS Selangor dengan jaringan 1-3 di hadapan penyokong sendiri. Skuad bimbingan Wan Jamak itu nyata gagal menyekat asakan PKNS yang jelas lebih mendominasi permainan. Gol-gol PKNS Selangor dihasilkan oleh Helmi Loussief (minit 44), Nizarudin Yusuf (minit 52) dan Rudie Ramli (minit 81) sementara gol tunggal Kedah dijaringkan oleh pemain import mereka iaitu Vedran Gerc pada minit ke-59.
Saksikan video highlight Kedah vs PKNS Selangor di bawah.