Karier Michael Owen akhirnya sampai ke penghujung apabila dia mendedahkan bahawa tidak ditawarkan kontrak baru bersama Manchester United (MU) pada musim akan datang.
Penyerang berusia 32 tahun itu, yang telah bersama dengan MU selama tiga tahun dan kerap ditimpa kecederaan, memaklumkan perkembangannya menerusi Twitter.
“Pengurus (Sir Alex Ferguson) memberitahu saya selepas perlawanan testimoni semalam bahawa kelab tidak akan memberi kontrak baru,” jelas Owen lagi.
“Saya mencintai setiap minit selama tiga tahun saya menghabiskan masa sepanjang berada di kelab yang hebat ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain, staf dan para penyokong atas sokongan dan semoga mereka berjaya untuk masa depan.
“Saya kini merancang untuk percutian singkat dan memikirkan langkah seterusnya,” katanya lagi.
Owen tiba dari Newcastle pada pemindahan percuma pada musim panas 2009 dan menjaringkan 17 gol dalam 52 penampilan.
Dia diingati ketika menjadi wira kemenangan lewat bagi MU, dengan menjaringkan gol pada minit ke-96 ke atas Manchester City tiga tahun lalu.
Laman web rasmi MU memberitahu, MU berterima kasih kepada Owen di atas sumbangannya dan mendoakan yang terbaik baginya untuk masa depan.