Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 10 sen seliter kepada RM2.75 seliter berbanding RM2.85 seliter berkuatkuasa pada Isnin, 9 September 2014.
Harga bagi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.10 dan RM2 seliter.
Untuk info, kadar harga RON97 dan diesel adalah bergantung kepada pasaran dunia dan tiada kena mengena dengan subsidi oleh kerajaan.
Harga Minyak Petrol & Diesel Terkini
RON97: RM2.75 seliter
RON95: RM2.10 seliter
Diesel: RM2.00 seliter