Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail, 49, diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Mat Razi dalam satu Majlis di Pusat Operasi Pilihan Raya Kecil N.01 Pengkalan Kubor, Tumpat petang tadi.
Biodata Calon BN PRK Pengkalan Kubor
Nama: MAT RAZI B.MAT AIL 651119035219
PENOLONG PEG. PPD TUMPAT-PENGURUSAN SEKOLAH.
Isteri : Khairos bt Husin
(Guru SK Simpangan Tumpat)
Kelulusan: BA (Hons) Sejarah & Persuratan Melayu UKM (1999)
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Kedah (1988)
Anak 6 org(3 lelaki 3 perempuan)
1. Zamir (uitam kos Art& Design)
2. Nur Izati (UIA – Bahasa Arab)
3. Aizat (Maahad Muhammadi Tumpat)
4. Nur Zahirah (Maahad Tahfiz Tanah Merah)
5. Nur maisarah
6. Zulfahmi (SK Simpangan)
Bergiat politik semenjak 1990 sbgai su cawangan smpangan.
AJK Pemuda Bahagian bermula 2005.
AJK Bahagian bermula 2009.
Mengasaskan sekolah pondok pada 9.11.2012 di tanah wakaf milik sendiri di Kg.simpangan dgn pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.
Pelajar semasa 20 org di bantu guru quran En Daud Ismail (bekas guru quran).
Pondok di sumbang oleh Allahyarham Dato Noor Zahidi (RM50ribu – 2013).
Pengajian pelajar & makan percuma.
Mula berkhidmat di
1988 SK Bunohan (8 thn)
1999 (SMK Sri Kurau Perak)
2002(SMK Ayer Lanas Jeli)
2003-2008 (SMK Geting)
Guru Pemeriksa Sejarah.
Pencapaian di Maktab – Johan Tilawah Al-Quran (Tarannum)
Mula mengaji di pondok Tn Guru Hj Wan Mat Jal Besar(1982 sehingga Tn Guru meninggal 1994.
Pergi haji pertama kali pd 1994 & kedua pd 2008.
Membawa jemaah umrah setiap tahun semenjak 2011.